Pages

Saturday, December 18, 2010

Zikrayat 5





Assalamualaikum..
InsyaAllah, pada sesi kali ini 2010/2011, Zikrayat ke-5 bakal diterbitkan. Jadi, kepada seluruh ahli KPIPM nantikan kemunculan Zikrayat ke-5 ini. Kerjasama anda amatlah dihargai dan oleh itu, isilah borang pengenalan diri anda beserta gambar (bagi ikhwah) untuk dimuatkan ke dalam Zikrayat 5 dan serahkan kepada mas'ul masing2.

Semoga segala usaha kita dipermudahkan jalannya dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Amin.

Syukran.

Wednesday, November 3, 2010

Memberi maaf

Bismillahirrahmanirrahim..


Seringkali kita menghadapi kesukaran untuk memaafkan orang yang
pernah melakukan kesilapan terhadap kita. Adakalanya kita masih
terbawa-bawa dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita
bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan
kita dengan pihak tersebut. Ini secara tidak langsung menyalahi
perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencintai sesama muslim.


KEUTAMAAN MEMBERI KEMAAFAN

1) Sikap pemaaf merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa

Orang yang bertaqwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengkategorikan mereka yang pemaaf
termasuk dalam golongan muttaqin (orang yang bertaqwa). Firman-Nya:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-
orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada
masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya,
dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
(Aali Imraan (3) : 133-134)

2) Allah Subhanahu wa Ta'ala mengampunkan mereka yang pemaaf serta
menempatkan mereka di syurga.

Dari ayat di atas ini juga dapat kita membuat kesimpulan bahawa
mereka yang pemaaf mudah mendapat keampunan Allah Subhanahu wa
Ta'ala dan akan ditempatkan di syurga. Di ayat yang lain Allah 'Azza
wa Jalla berfirman:

… dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan
kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah
mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi
Maha Mengasihani. (al-Nuur (24) : 22)

3) Sikap pemaaf merupakan akhlak yang mulia yang dituntut oleh
syarak

Sikap mudah memaafkan orang lain merupakan suatu akhlak yang mulia
lagi terpuji dan ianya tergolong dalam amalan yang amat digalakkan
perlaksanaannya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman-Nya:

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan
(kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah
dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
(al-Syuura (42) : 43)

4) Allah Subhanahu wa Ta'ala mengasihi mereka yang pemaaf
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengasihi mereka yang mudah memaafkan
kesalahan orang lain. Firman-Nya:

… dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
(Aali Imraan (3) : 134)

Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala akan mudah mendapat rahmat serta keampunan-Nya.

Demikianlah beberapa keutamaan yang sempat diketengahkan untuk
menunjukkan betapa agungnya sikap mudah memaafkan serta melupakan
kesalahan orang lain terhadap kita.



Artikel ni ana copy n paste shj drpd sumber yg ana dapat. Diharapkan perkongsian sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. :)

Tuesday, September 28, 2010

Bell's Palsy

Assalamualaikum.

Here I got something to share about Bell's Palsy. first time I heard about it is about 2 months ago when my father complained that his left face can't move normally (mata susah kerdip, senyum senget sebelah dn kening susah angkat). I thought that ayah kene Stroke. bile jumpa doctor he said that it's just stroke kecik and ayah ade Hypertesion sikit (systole 153 mmhg). About 2 or 3 weeks after baru ayah sihat. alhamdulillah. tp, pemakanan dn persekitaran perlu dijaga.

Suddenly, sehari sebelum mak meninggal, my sister's face, Yam, senget at the right side. so weird. then the doctor said that, dia jugak kene Bell's Palsy. and now, dah dekat 1 bulan setengah, she's not recovered yet. she took some medicine and make physiotherapy everyday. Alhamdulillah, now she can move a little bit her eyebrow and lips. Ikhtiar. Tawakkal. Itu sahaja mampu. Allah is the only One who has the curative power. 

Here it is. Wikipedia .

What Is Bell's Palsy?

Bell's palsy is a temporary weakness or paralysis of the muscles on one side of the face. These muscles are controlled by the facial nerve. Because there's a facial nerve on each side of a person's face, and Bell's palsy usually affects just one nerve, people with Bell's palsy will most likely notice stiffness or weakness on one side of the face.
When the facial nerve is working properly, it carries a host of messages from the brain to the face. These messages may tell an eyelid to close, one side of the mouth to smile or frown, or salivary glands to make spit. Facial nerves also help our bodies make tears and taste favorite foods. But if the nerve swells and is compressed, as happens with Bell's palsy, these messages don't get sent correctly. The result is weakness or temporary paralysis of the muscles on one side of the face.

What Causes It?

Bell's palsy is most often connected with a viral infection such as herpes (the virus that causes cold sores), Epstein-Barr (the virus that causes mono), or influenza (the flu). It's also associated with the infectious agent that causes Lyme disease. Of course, this doesn't mean that everyone who has a viral infection or Lyme disease will develop Bell's palsy — most people don't. But in a few people, the immune system's response to a viral infection leads to inflammation of the nerve. Because it's swollen, the nerve gets compressed as it passes through a small hole at the base of the skull, which causes the symptoms of Bell's palsy.
Bell's palsy can affect people of all ages, but it is most common in adults. People with diabetes and pregnant women are more likely to develop Bell's palsy.

What Are the Signs and Symptoms?

The symptoms of Bell's palsy usually show up about 1 to 2 weeks after a viral infection. The symptoms tend to come on quickly — usually Bell's palsy reaches its worst point within 48 hours. A few hours or days before Bell's palsy develops fully, some people may have a headache or feel pain behind or in front of their ears. A person may notice one side of his or her face droops or feels stiff. Some people may only notice a slight weakness, whereas others may not be able to move that side of their face at all.
Other symptoms of Bell's palsy include:
  • difficulty closing one eye all the way
  • dryness in one eye
  • trouble tasting at the front of the tongue on the affected side
  • changes in the amount of saliva or drooling
  • hearing sounds that seem louder than usual in one ear
Bell's palsy affects only the face, so if a person has weakness or symptoms in other parts of the body, the problem has another cause.


Gambar hiasan. Mcm ni lah rupanye org yg kene Bell' Palsy.

Thursday, September 23, 2010

MPM gesa teliti 500 pelajar di Mesir tak dapat biasiswa

2010/09/20

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan meneliti semula mengapa seramai 500 pelajar Melayu yang mengikuti pengajian dalam beberapa bidang kritikal terutama perubatan dan farmasi di Mesir tidak diberikan biasiswa.

Setiausaha Agung MPM, Dr Hasan Mad, berkata perkara itu sudah dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Datuk Ibrahim Ali yang juga Pengerusi Kongres Bumiputera 29 Mei lalu, tetapi masih tidak dapat ditangani dengan sebaiknya. Katanya, ketika ini kesemua pelajar terbabit menggunakan pembiayaan sendiri bagi tahun pertama yang kosnya mencecah RM90,000 dan jika pelajar berkenaan masih gagal mendapatkan biasiswa dan tajaan mereka terpaksa berhenti dari pengajian dan pulang semula ke tanah air. Kami difahamkan perkara itu sudah diambil tindakan oleh pihak berkenaan, tetapi daripada maklum balas yang kami terima hanya seorang dua saja dianugerahkan pembiayaan dan kami mempunyai senarai pelajar sebahagian besar yang belum mendapat pembiayaan pelajaran dan perlu dibantu, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sumber dari Berita Harian

Tuesday, September 21, 2010

Schedule for 2nd year

Salam Alaik.

As I passed by the Ain Shams website, i found that teaching schedule for 2nd year has come out. Yeah.. I must get ready for getting back to univ. it's about 3 weeks more I have for staying here enjoying the leisure time. From now on, I must change my learning skills (as before I was very lazy).huhu.. I wanna be a good medical student. no more wasting time n always sleep on the bed in 'saratoga'.. I won't be like that anymore. InsyaAllah. my target for the next year is I'll try by hard to score Mumtaz. Biiznillah... Amin.

The 2nd year schedule. It's not too packed. Got time to revise the subject and going to any Tafaqquh.
I need to do some revision as I'm going to start my learning back soon. so that I won't be too shocked receiving too many new things and knowledge.

 As today is 21st of september, 
I wanna wish my 3rd sister, Maryam Abu Bakar,
Happy 22nd Birthday! 
May Allah bless u.
:)

Salam Lebaran

Ku tangisi pemergianmu  Ya Ramadhan.
Ku sambut kedatangan Syawal dengan penuh keinsafan.
Sempena Syawal yg mulia, sama2 ita hulurkn tangan, mohon keampunan dn berikan kemaafan.
Semoga Ukhuwah terbina, silaturrahim terjalin.


Salam Aidilfitri, Syawal 1431 H
Mudah-mudahan madrasah di bulan Ramadhan dpt mentarbiyah diri agar istiqamah melakukan amal ibadat serta mengikuti sunnah baginda S.A.W.


Tidak banyak inginku ungkapkan. Sekadar beberapa kepingan gambar inginku kongsikan sebagai tanda ingatan bersama keluarga di hari kemenangan umat Islam. Dengan ketiadaan ibu disisi, Syawal terasa agak hambar namun sanak saudara yg datang berkunjung memeriahkan lagi suasana mengeratkan silaturrahim.

Keluarga bahagia Abu Bakar Hussian.. (baju2 yg dipakai tu bkn baju raya ye)

Keluarga Hajah Maimunah (family sebelah ayah). Raya 2nd.

Ayah, Pak Ngah Hassan dan Pak Su Hussin

Keluarga sebelah ibu.. Raya 3rd.

Dua orang anak saudara yang comel..

 Petang raya 1st menziarahi pusara ibu

Saya lihat, sudah menjadi kebiasaan dan satu adat amalan menziarahi kubur selepas sembahyang raya. Ramai orang bertanggapan amalan sebegini menjadi kewajipan untuk dilakukan pada 1 Syawal. 
Sepatutnya, kita perlu aulakan untuk menziarahi sanak saudara serta jiran tetangga yang masih hidup.
Mungkin ada yang beralasan datang dari jauh ke kampung dan hanya ada waktu itu untuk menziarahi kubur.

Bukan nak kata kita perlu lupakan orang yang telah meninggal dunia, tapi amalan ini seperti "pesta di kubur" lagaknya. Sehinggakan ada org siap menjual air di tepi tanah perkuburan pd 1 Syawal.
Menziarahi kubur pada bila2 masa pun boleh, bukan hanya waktu itu. 

Oleh itu, saya bersama abang dan kakak menziarahi pusara ibu pada waktu petang kerana orang tidak ramai. Lagi pun, kami bukanlah hanya menziarahinya sewaktu hari raya. Bahkan dlm seminggu kmi akan menziarahi 1 kali.

Apa2 pun, bersama kita tingkatkan amalan tidak kira dalam bulan apa. Semoga amalan yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah. Dan moga kita dapat bertemu kembali Ramadhan Al-Mubarak pada tahun hadapan. InsyaAllah. Amin..
 

Monday, August 30, 2010

Elak zina, elak buang bayi

Salam Alaik!

Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita pembuangan bayi. Asyik-asyik berita yg sama. Apa mereka anggap bayi itu seperti sampah? Allah telah mengurniakan manusia akal utk membezakan antara yg baik dn buruk, yang mana bayi dan yg mana sampah! Barangkali mereka tidak menggunakan akal anugerah Tuhan itu tetapi pakai nafsu! MasyaAllah..



Baru tadi saya terbaca dari Berita Harian, bayi dibuang lagi. Artikelnya :

Bayi ditemui dalam beg kertas pada tiang papan tanda

2010/08/29

SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki yang masih hidup dengan badannya dibaluti kain batik ditemui dalam beg kertas di kawasan Pangsapuri Brunsfield di Seksyen 13, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata beg kertas yang memuatkan bayi itu disangkut pada tiang papan tanda di simpang lampu isyarat kawasan kediaman itu.


dan ............ 

Jadi, takkan gejala sebegini perlu dibiarkan membarah dalam masyarakat kita. Caranya?
Ya! Caranya dengan membasmi penzinaan. Kerana maksiat kini terlalu berleluasa. Sana-sini org bercouple, wanita murah di pusat2 hiburan. Penzinaan akhirnya mengakibatkn kelahiran bayi luar nikah dan akhirnya bayi tersebut dibuang kerana kehadirannya tidak dialu-alukn oleh Si Ibu dan Bapanya.

Allah ada berfirman : "Janganlah kamu mendekati zina"

Allah bukan shj melarang berbuat zina, tapi perbuatan-perbuatan mendekati zina pun adalah dilarang. Apabila zina dibanteras, maka kelahiran dan pembuangan bayi, InsyaAllah, akan turut berkurangan. Amar makruf perlu ada, dan perlu diiringi dengan nahi mungkar.

Manusia be'Remote control'kan nafsu itu tidak takutkn Allah. dan apabila kesalahan mereka terdedah, mereka tidak serik. kerana hukuman yg dikenakan apelah sgt pun berbanding dosa besar yg telah mereka tempah. Itulah gunanya Hudud yang merupakan hukum Allah.

Maha suci Allah yang Maha Bijaksana. Pelaksanaan hukum hudud itu sgt setimpal dan mengandungi byk kebaikn. Dosa-dosa mereka yg dikenakan hudud terhapus, memberi pengajaran dan peringatan kepada org lain justeru mendatangkan rasa gerun kpd org lain untuk berbuat dosa. Bukanlah seperti yg didakwa bhw hudud itu kejam. Tidak sama sekali!

Allah itu Maha Pengampun. Maka, bertaubatlah kepada Allah dgn taubat nasuha. Kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya. Ayuh! Sama-sama kita memohon keampunanNya. Di bulan Ramadhan ini, bersamalah kita berusaha mencari Lailatul Qadar. Malam yg lebih baik dari 1000 bulan. Subhanallah..


 

Saturday, August 28, 2010

Attachment

Dengar khabar ramai juga dalam kalangan sahabat-sahabat saya membuat attachment di mana-mana hospital di Malaysia. Walaupun baru tahun 1 dalam bidang perubatan, tidak salah untuk kita mengambil pengalaman bagi memperdalam ilmu kedoktoran. Biarlah kita dimarahi atau dikatakan tidak reti membuat tugasan, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mendapatkan ilmu itu. InsyaAllah, ada keberkatan di situ. Belajar... biasalah tu.  

Saya, kalau nak kata ambil attachment di hospital, bukan.. tapi, pengalaman saya menjaga arwah ibu ketika sakit di hospital selama hampir 2 minggu bolehlah juga dikatakan 'ala-ala' attachment. Cuma lain sikit je kondisinya. 

Bezanya, saya tidur di hospital dan saya hanya mengkaji tentang perkembangan seorang pesakit saja.
 Ketika di hospital, saya kebiasaannya meninjau laporan kesihatan pesakit, plan doktor terhadap pesakit, serta berbincang dengan doktor mengenai kondisi pesakit. Kebetulan kakak saya juga merupakan bakal doktor, maka kami bekerjasama menjaga ibu di hospital. 

Apa yang saya dapat perhatikan di sana adalah cara-cara penjagaan pesakit oleh jururawat, bagaimana doktor membuat keputusan terhadap sesuatu komplikasi yg dihadapi oleh pesakit setelah didiagnosis, tindakan para doktor dan sebagainya. 

Sesetengah jururawat dan doktor ada yang baik, ramah, cermat an teliti dalam membuat kerja, sesetengah pula ada yang macam nk telan orang, kasar dan kadang-kadang lambat dalam melakukan tindakan. Haa.. yang ni paling selalu. 

Contohnya, arwah ibu saya mengalami ulcer pada lidahnya yg menyebabkannya sukar untuk makan. So, doktor pesan pada ibu, " Mak cik minta krim pada jururawat yg bertugas ye". setelah 2 hari dari hari yg ibu minta, namun krim tak juga diberi. jawapannya hnyalah "ya, nanti saya bagi". kebetulan kenalan ibu yg bekerja sbg doktor di hospital itu dpt tahu tntg perkara ini, dia terus minta pada nurse tersebut. haa.. kelam kabut dia. baru nk bagi. 

sebenarnya, saya cerita ni bukannya nak memburuk-burukkan pihak nurse tpi inilah realiti yg berlaku. dan ini baru perkara kecil. saya x tahulah apa yg terjadi kepada org lain. ada juga contoh lain yang terjadi kepada ibu saya, tp malaslah nk cerita. x pe lah. Husnuzzon. maybe diorang sibuk sgt. Saya faham. kadang2 x cukup pekerja.

Tugas sebagai jururawat dan doktor sebenarnya adalah satu tugas yang mulia. membantu orang dalam kesusahan. Penghormatan dan penghargaan harus diberikan kepada semua doktor dn jururawat yg ikhlas merawat para pesakit. 

Arwah ibu selalu berterima kasih kepada doktor dan nurse setiap kali mereka memjalankan tugas mereka terhadap ibu. Bukan itu sahaja, arwah juga x lupa mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja yg mencuci tandas, mop lantai dan sapu sampah di bilik ibu. Arwah berkata sambil berdoa "Moga2 mereka diberkan ganjaran pahala yang banyak dan diberkati hidup dunia akhirat"..

Kisah lain baru-baru ini, bapa saudara saya pula meninggal dunia. innalillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 soleh. saya dan ahli keluarga arwah sempat menyaksikan detik2 pemergiannya. 

Ketika itu, sebaik sja saya selesai membaca yasin tiba2 sPO2 dan pulse menurun dgn mendadak. saya baca pada mesin tersebut sPO2 50% dn pulse dalam lingkungan 25 bpm. Ayah saya membacakn talqin pada telinganya. setelah memanggil nurse, mereka memasang sejenis alat..x pasti apa namanya, apa yg dpt saya perhatikan pada mesin tersebut terdapat bacaan ECG dan alat cardioversion. Masa tu pulse hnya tinggal 22bpm. then, 20bpm. tiba-tiba... ------------------------ 
0bpm! no beat. jantung dah berhenti. saya beritahu pada nurse dan dia segera memanggil doktor. beberapa minit berlalu, kematian disahkan. 
innalillahi wa innailaihi rajiun.

Keadaan paru-paru arwah yg kritikal mungkin menjadi punca pemergiannya. saya lihat diagnosis pada pesakit adalah Hypostatic Pneumonia dan arwah juga mengalami Parkinson stage IV. nak tau apa jenis penyakit2 tu, search lah sendiri ye.

Pelbagai ilmu dn pengalaman yg saya peroleh secara tidak langsung. Saya berharap semoga semua bakal doktor dapat menjadi doktor Islam yg cemerlang dan komited dalam kerja-kerja amal ini. InsyaAllah. Moga Allah membantu kita.

 Gambar hiasan. Gambar paru-paru sebenar yg diambil semasa praktikal Anatomy

Tuesday, August 24, 2010

Menangis..

Bismillahirrahmanirrahim..



Ibnu Qayyim menghuraikan 10 jenis tangis yg sentiasa menghiasi tabiat menangis di kalangan manusia.  Menangis kerana :

1. kasih sayang kelembutan hati.

2. rasa takut.

3. cinta.

4. gembira.

5. menderita

6. terlalu sedih
7. terasa hina dan lemah

8. untuk mendapat belas kasihan orang

9. mengikut-ikut orang menangis

10. menangis orang munafik

Jadi, kita menangis kerana apa ya?

Tahu tak? Ada beberapa jenis air mata yang tidak dituntut :

1) Janganlah menangis kalau x tercapai cita2, bukankah Tuhan telah menentukannya.

2) Janganlah menangis menonton filem Hindustan, itukan cuma lakonan.

3) Janganlah menangis kerana cinta tak terbalas, sbb mungkin dia bukan jodoh yg Tuhan tetapkan.

4) Janganlah menangis jika gagal dalm peperiksaan, mungkin kita kurg buat p'sediaan.

5) Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan, sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

6) Janganlah menangis kalau tak dinaikkan pangkat, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Oleh itu, tak perlulah mensia-siakan air mata kita. Kita simpanlah air mata tangisan itu semua buat bekalan utk m'insafi diri atas segala kecuaian dan segala dosa.


Adakah kita menangis menyaksikan artis pujaan terkeluar dari AF?

Junjungan mulia bersabda:

1) Ada 2 biji mata yg x t'sentuh api neraka, mata yg menangis di waktu malam krn takutkan Allah dn 2 biji mata yg menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.

2) Antara 7 golongan manusia yg akan m'dapat naungan Allah di hari kiamat : seseorng yg b'zikir sendirian lalu mengenang kebesaran Allah SWT lalu bercucuran air matanya.



3) Jika tubuh seorg hamba gementarkrn takut kpd Allah,mka b'guguranlh  dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dri pepohon kering.


Ayuh kita menangis seperti yg dituntut syariat. Menangis kerana takut kpd Allah dn azab neraka serta mengenang dosa-dosa kita.

Sunday, August 22, 2010

Moga dikau menjadi seperti Sydtina Asma' Abu Bakar

22 Ogos

Dikesempatan yang ada, saya mengucapkan 

SELAMAT HARI LAHIR 
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-2

buat kakak, Asma' Abu Bakar

Kuharapkan agar dirimu menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah
mendidik adik-adikmu dan anak spy taat perintah Allah

Semoga dikau sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi
Bersabar atas setiap dugaanNya

 Asma' Abu Bakar
Moga kau menjadi setabah Sayyidatina Asma' Abu Bakar
Secekal dirinya. 
Berani berhadapan dgn musuh demi mempertahankan Islam.

Ikhlas dari adik-adikmu...


Apa-apa aje

salam alaik.

Kali ni, saya ada kisah sikit untuk dikongsi berkenaan penghasilan blog saya ni.
untuk pengetahuan, blog ni telah dibuat hampir dua tahun.
dan memang sebelum ni yang menjadi follower blog sy ni terdiri drpd klgn ahli keluarga dn sahabat2 terdekat sy. jadi mereka sudah kenal latar belakang saya. tengoklah. nama blog saya pon zikroyati (ingatanku). jd, sudah tentulah blog ini byk berkisarkan khibrah hidup penulis.

tp, sejak mendapat kwn baru di mesir, saya tak pernah mendedahkn address laman ini kepada kwn2 baru. sebab ape? sebab saje suke2. saya ni jenis yg berahsia orgnye. baru2 ni pon saya ada menukar link blog ni sbb takut2 ada yg dpt kesan blog sy ni. dan saya hrp x ada lah kwn yg tahu link baru ni dedahkn.

sebab tujuan saya menulis di blog ini sekadar untuk berkongsi kisah hidup bersama ahli keluarga yg jauh serta sahabat2 rapat. pengikut tetap blog saya adalah Ayah saya. dia yg menggalakkan saya agar berlatih menulis. menulis perkara2 yg bermanfaat.

Dalam proses pembelajaran ni, sy mulakan dengan menulis tentang kisah hidup sy yang boleh diambil iktibar oleh org lain. cuma, saya agak malu untuk berkongsi bersama org yg tidak dikenali.

Salah ke? saya bukanlah kedekut ilmu sehinggakan tak mahu berkongsi pengalaman bersama rakan2 lain. cuma tunggu masa yang sesuai apbila mrka benar2 mengenali sy.

(mesti ade org kate,"kalau macam tu, baik x payah buat blog")

hahah...

maaflah. mungkin saya ni agak memikirkan kata2 org lain dan pemikiran sy sempit. oklah. blog adalah hak penulisnya. so, terpulang kpd si penulis mau tulis ape. cuma kalau ada kesalahan dalam penulisan dan pendapat boleh dikongsi secara baik.

tak apalah. org nak bace blog kite pon, bacalah.

Jadi, sama2 kita buka minda, elakkan sebarang salah faham atau apa-apalah. Mari kita sama-sama berkongsi ilmu dn pndapat.

Yeah! masa untuk berubah. Ubah pemikiran, penulisan dan percakapan. BERTUKAR! jeng jeng...

"Jika gerakan dakwah gagal melahirkan da’ie  yang berani mendedahkan diri kepada cabaran pemikiran, maka lupakan sahaja agenda untuk memenangkan Islam."

Saturday, August 21, 2010

Ku Redhai Pemergianmu...

Assalamualaikum...

Sudah lama sy tidak menziarahi bintubakr6.blogspot ini.
sebab bagiku, sejak kepulanganku ke Msia terlalu byk perkara yg terjadi sehinggakan tak berkesempatan untukku coretkan di laman usangku ini.

Post kali ini, inginku ceritakan sedikit pengalaman terbesar yg pernah kualami sepanjang hidupku. err, skema sgt kah ayat ni ?? x pe lah. asalkan ape yg nk ditulis ni sampai kpd pembaca.


17 Ogos 2010, 7 Ramadhan 1431H

1.30 pm : Orang ramai berpusu-pusu datang ke Wad 2C  menziarahi seorang wanita lewat 50-an yg sedang tenat. Mereka membaca Yasin di sisi pesakit itu dan sekali sekala membisikkan kalimah Allah di telinganya.

Azan zohor berkumandang. seorang mak cik berkata kepadaku "Pergilah solat dulu, biar kami jaga"

2.25 pm : Kelihatan pelawat-pelawat tadi berada di luar kamar. Aku segera masuk ke dalam bilik itu dan mendapati doktor sedang memeriksa tubuh pesakit tersebut. Aku terpaku dan berdoa di dalam hati agar semuanya selamat.

3.15 pm : Langit kelihatan mendung. Awan sarat dengan air menanti masa untuk dicurahkan. Cuaca begitu suram ibarat sedih menerima berita baru. Suaraku mengalunkan surah Yasin sayup-sayup kedengaran di koridor hospital. Jam 2.20 petang, detik perginya seseorang yg amatku kasihi. Wanita itu. Pesakit itu. Ya! Dia adalah IBUKU... Air mata sudah tidak mampu kutitiskan lagi. Malah, aku mampu tersenyum.

Gembirakah aku? Aku Redha, aku terima Qada' Qadar Ilahi. Mengapa aku tersenyum? Kerana ibuku pergi dlm keadaan tenang dan wajahnya bersih mengukir Senyuman. Allah... Allahuakbar!

Di saat2 akhir hayatnya, kalimah La ilaha illahllah sempat dibisikkan di telinganya.

4.00 pm : Aku tiba di rumah dengan menaiki kereta Jenazah mengiringi jenazah ibuku dari Hospital Permaisuri Bainun. Kelihatan kereta2 sudah memenuhi kawasan rumah.

6.00 pm : Kami sekeluarga memandikan jenazah ibu diketuai oleh ayahku. Ini adalah permintaan arwah ibu agar ayah serta anak2nya yg memandikan jenazahnya.

9.00 pm : Solat jenazah dilakukan di masjid berdekatan dan diimamkan oleh ayah. Rezeki ibu sebab ramai sgt org yg solatkan untuknya. Ma'mum solat sampai di luar msjid. Subhanallah.


9.45 pm : Jenazah ibu siap dikebumikan dan bacaan Tahlil juga diketuai oleh ayah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Allah permudahkan segala-galanya.

Aku tnya kpd ayah, kenapa mahu dicepatkan pengebumian sedangkn kebumi waktu malam mungkin agak sukar. Ayah jawab, " Rugilah kalau kita kebumi pagi esoknye.. sebab kalau kebumi waktu malam tu jugak, mak dah dpt nikmat dalam kubur tu lebih awal. Tambah-tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni."


Pengajaran : Setiap yang hidup pasti akan mati. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Ibu, ketika dia masih sedar kira2 seminggu lalu, hanya kalimah Allah dan ayat2 suci Al-Quran yg keluar dari bibirnya. Apabila tiba giliran kita nanti, bagaimana pula keadaannya?

Oleh itu, selagi masih hidup, teruskanlah mengumpul bekalan untuk hari akhirat kelak. Teruskan menegak kalimah Allah di muka bumi ini. Moga-moga kita mati dalam keadaan husnul khatimah.


Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada penulis.
Kisah ini diceritakan bukan untuk menagih simpati. 
Tetapi sekadar ingin mengharapkan sekalung Al-Fatihah dan doa buat arwah.
Juga untuk dijadikan teladan buat semua.
Moga-moga rohnya ditempatkan bersama para solihin.
Amin...

Allahyarhamah Seti Rafeah bt. Ramli
Umur : 56 tahun
Punca kematian : Advanced breast cancer

Wednesday, July 14, 2010

Ditipu atau cuai?

Salam alaik.

Alhamdulillah, kini 3 sudah habis tinggal 1 pula. InsyaAllah, akanku teruskan saki baki perjuangan dgn gigih dan usaha. Histology. Itu yg bakal menamatkan peperiksaanku pada tahun pertama. 18 Julai detiknya.
Peperiksaan bukanlah satu destinasi utama. namun, ia hanya sebagai satu platform yang menentukan halatuju kita pada masa hadapan.

Baiklah. Dalam saya menghitung hari untuk pulang ke tanah air tercinta, adakalanya sedih juga rasa di hati kerana bakal meninggalkan bermacam pengajian dan tafaqquh yg dianjurkan di sini. maklumlah, ketika musim kuliah, sekali sekala curi juga masa hadirkan diri ke tafaqquh dan talaqqi bagi menambah pengetahuan agama dlm diri. namun, kesempatannya hanya sedikit.

tp saya yakin dengan kepulangan saya ke Malaysia bakal memberikan satu menfaat yg berguna bukan shaja untuk saya, bahkan utk ahli keluarga dn masyarakat. InsyaAllah. Teringat satu hadis Rasulullah S.A.W. " Amalan yang afdal adalah pertama solat pada waktunya, kedua berbakti kepada ibubapa, dan ketiga berjihad di jalan Allah. "

Oleh itu, tuntutan berbakti kepada kedua ibubapa lebih aula berbanding berjihad di jalan Allah. Sememangnyalah tuntutan jihad itu sgt besar, tp jika tanggungjawab terhadap ibu bapa diabaikan, tiadalah keberkatan di situ. memegang konsep inilah yg mendorong saya membuat keputusan utk pulang ke tanah air. InsyaAllah, moga ada berkahNya..

Jadi, masuk kepada cerita yg terjadi baru2 ini ketika saya bersama 2 org sahabat (Aimi dan Hidayahtika) pergi membeli sedikit buah tgn utk di bawa pulang ke Msia. Kami membeli-belah di Husin (Pasar Khan Al-Khalili) dan agak byk jugak brgn yg kami beli. maklumlah.. nak beri kpd saudara-mara.
Sesampainya di rumah, kami melihat semula barang2 yg dibeli tadi. Uiks! terkezut den!
Nak tau ape jadi? Sahabat saya yg 2 org tadi ada membeli T-Shirt sebanyak 20 helai (sorg 10 helai). 11 helai drpd t-shirt yg dibeli tu TAK ADA LENGAN. bajunye macam mat2 rock tu pakai dowh!...


Ya Allah.... rasa kesian sgt kt diorg. mane taknye, rugi LE110 sbb sehelai baju berharga LE10. Saya rasa seba salah juga sebabnya, pada mulanya saya yg mengajak mereka singgah di kedai baju tersebut kerana saya ingin membeli sehelai t-shirt buat anak saudara. tp, melihatkan Ammu tu mletakkn harga yg tinggi, saya terus x jadi utk m'beli di kedainya.


kata Ammu tu, "Isbir, isbir.. kam aiz?" (sabar, sabar.. berapa nak?)
Saya memang tak nak pun. lantas saya terus 'blah' dari kedai tu. Jalan2, saya pndg belakang. eh, kwn sy x ada? rupa2nya mereka masih 'terlekat' di kedai tadi. "x apa lah" bisik saya.

saya pergi membeli di kedai lain sorg2. saya x sangka pula akn jadi begini akhirnya. itulah.. mungkin silap jugak sbb x periksa dahulu ketika membeli. kwn2 saya kata, Ammu tu kelam-kabut smasa menjual. tak tahulah. mungkin itu taktik dia nak menipu org spy tak perasan baju2 tu x ada lengan.
tp, mungkin juga Ammu tu sendiri x perasan. tak mungkin! sebab dia mesti tau ada baju yg tiada lengan.

atau, mungkin dia ada menunjukkan satu contoh kepada shbt saya baju yg tiada lengan, tp mereka x perasa dan menyatakan "ya, kami nk baju ni".. Jadi mungkin dia ingat mereka nak bju yg tidak berlengan tu.

em, macam2 andaian. dekat sini, katanya perlu byk husnuzzon. sbb kdg2 kalau kita su'uzzon (pandang negatif), adalah tu Allah nk tunjuk disebabkan kita su'uzzon. sebab kt bumi Mesir ni, biasanya kalau apa yg terlintas di hati memang betul2 terjadi. tp sebenarnya, di mana2 shj perlu husnuzzon. cuma saya nak ingatkan, PERLU BERTEMPAT. kalau dah jdi mcm ni, x tahulah.

*Pengajarannya, lain kali kalau nak membeli-belah perlu berhati-hati.
Lagi satu sebelum pergi ke tempat-tempat sebegitu, perlu baca doa byk2 moga dihindar drpd hasutan syaitan dan ditipu. mungkin sbb hari tu kami terlalu seronok sehinggakan lupa nk berdoa.

Wednesday, June 30, 2010

1 sudah habis, tinggal 3

Salam..

Alhamdulillah. 1 sudah habis, tinggal lagi 3.
Apa tu? Means, 1 subjek dah habis exam and 3 more to struggle.
so, kalau dah habis, merdekalah ye?
sebagai seorang penuntut ilmu, erti merdeka / bebas drpd mengulangkaji sepatutnya tiada dlm kamus hidupnya.

betul kan? sebabnya, Rasulullah ada berpesan, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad."
jadi walaupun dah habis exam, buku2 x harus diketepikan.

Untuk saya, Subjek Physiology baru shj habis. ok. tp tak nak tolak tepi sbb esok2 pengetahuan yg saya tuntut skrg sgt2 berguna utk masa hadapan.

Erm, duduk sini, saya selalu fikir, apa bezanya pelajar medic dgn pelajar dirasat ni?
kalau pelajar medic, kena ingat dan kena tahu byk perkara dan sepatutnya semua perkara yg berkaitan dgnnya perlu diambil tahu.

kalau tak, parah jawabnye pesakit nnt. sebab apa, doktor lupa medical term yg perlu diaplikasi semasa bagi treatment dekat pesakit. adeh!
apa yang belajar sekarang, bukan shj utk exam, bahkan sgt penting utk kegunaan masa depan.
Perkara2 sebegini selalu ditekan oleh Doc2 di Ain Shams.

Pelajar2 dirasat pulak, perlu byk tahu dan mengkaji hukum2 dalam Islam, cara beribadat dengan betul.
Sebenarnya, peranan pelajar yg menuntut ilmu agama lagi penting.
kalau salah tuntut ilmu, takut sesat pulak ajaran yg dismpaikan kepada masyarakat nanti.

Kesimpulannya, kita dalam satu masyarakat jalankanlah tugas yg telah dikhususkan kpd kita dengan sebaiknya sbg memenuhi Fardhu Ain utk kebaikan semua.

Ok. kembali kepada tajuk. 3 lagi adalah Biochemistry, Anatomy dan Histology.

Usaha perlu diseimbangkan dengan Tawakkal yang Tinggi kepada Allah.
Hanya Allah yang dapat menentukan segalanya.

Cuma saya agak sedih sebab knp sewaktu fatrah peperiksaan shj, ada muka yg masam mencuka, ada hati yang cepat terasa... Ukhuwah Islam itu tak terasa manisnya.
Tak tahulah. cuba SENYUM sikit.....:)
baru hati rasa indah berbunga mengusir debu2 duka.
Nak kata masalah begini terjadi pd saya sorg shja, tak!
tapi ramai yg mengakuinya. kakak, sahabat2 lain juga menyatakannya.
Perempuan.... iya kah begitu?

Wallahua'lam.

Monday, June 21, 2010

Sentuhan Ayah


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team



Friday, June 18, 2010

Mengenang pemergian Allahyarham Fathi Yakan

PADA 13 Jun 2009 (setahun lalu) , bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu.

Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.

Dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1933, Allahyarham banyak memberikan corak baru perjuangan gerakan-gerakan dakwah dan politik Islam yang dapat diterima oleh pelbagai pihak di samping seorang ahli cendekiawan atau ahli akademik muslim yang ternama.

Sejak tahun 1959 lagi beliau mengasaskan gerakan politik di Lebanon sehingga beliau mendapat gelaran Bapa Gerakan Islam Lebanon. Malah, sehingga ke akhir hayatnya, beliau masih menganggotai parlimen di negara asalnya itu.

Dr. Fathy banyak menghasilkan penulisan mengenai aliran politik dari yang moden sehinggalah yang berbentuk ekstremis. Judul yang mendapat sambutan dunia sehingga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa adalah Priorities of Islamic Movements after September 11.

Allahyarhamlah yang paling kerap terpanggil ke serata pelosok tempat untuk menjawab segala tuduhan terhadap Islam sebagai agama keganasan akibat tragedi yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada tahun 2001 itu.

Dr. Fathy merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Gamaah (Jemaah) Islamiah pada tahun 1960-an dan komitednya beliau dalam pertubuhan itu sehingga pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.

Selepas bersara, beliau menumpukan tugas sebagai Anggota Parlimen berikutan kemenangan dalam pilihan raya.

Pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar kerana jarang kedapatan mana-mana tokoh yang sanggup menghabiskan seluruh hidupnya, fizikal, jiwa dan rohani dengan tertumpu kepada perjuangan Islam.

Allahyarham terkenal kerana menggesa kepada satu gerakan Islam yang moden dengan pemikiran dan aliran yang toleransi terutama kepada golongan yang muda.

Walau dalam keadaan yang uzur, beliau sering berasa bimbang dengan golongan muda yang baginya mudah terpengaruh kepada pelbagai unsur. Adalah penting baginya untuk membentuk golongan ini kepada yang lebih positif namun mencapai kejayaan dalam gerakan yang mereka sertai.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tinal dan dikebumikan di pusara milik keluarganya di Bab Al Raml. Upacara pengkebumian tokoh Islam ini dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam dari seluruh pelosok tempat sejurus berita kematiannya tersebar. Sehingga kini ucapan takziah masih mencurah-curah diterima oleh keluarga arwah.

Penulisan terkenal arwah yang menambahkan lagi kekayaan khazanah dan gedung-gedung ilmu, antaranya:

* The Problems of Da’wah and Du’ah,
* How to Call for Islam?
* Towards a Unified International Call for Islam
* What Does My Commitment to Islam Mean?
* Movements and Doctrines in the Balance of Islam
* Comprehension in the Life of Da’wah and Du’ah
* Towards an Islamic Awakening of the Era
* Methods of Islamic Adaptation in the 20th Century
* Islam -Ideology, Movement and Rebellion
* Youth and Change
* Those Left behind on the Path of Da’wah
* The Preliminaries of the Activist Concept in Islamic Work
* Critical Issues in the Islamic Experience.

Mujur kepada umat Islam hari ini kita masih boleh menghayati dan mengambil manfaat hasil-hasil karya besar Dr. Fathy ini walaupun selepas pemergian Allahyarham.

Antara yang sempat diambil dengan kenyataan beliau semasa menjawab soalan para pengunjung laman web terkenal, Islam Online:

“Walau bagaimanapun, kesan dari tragedi serangan 9 September 2001, Islam menjadi tumpuan dan minat kalangan masyarakat Barat untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat lagi.

“Statistik terkini menunjukkan minat terhadap Islam telah berkembang berlipat kali ganda dengan berjuta-juta naskhah al-Quran terpaksa dicetak dan begitu juga buku-buku mengenai Islam terjual dengan begitu laris di pasaran.

“Apa yang lebih menakjubkan dari peristiwa yang mengejutkan itu dan dari kempen-kempen anti Islam, lebih 10,000 penduduk United Kingdom memeluk Islam dan begitu juga 3,000 orang dari penduduk Mexico memeluk Islam dan beratus-ratus lagi dari kalangan Hindu dan Buddha juga meninggalkan agama mereka untuk memeluk Islam. Semua ini berlaku selepas kejadian 9/11, Subhanallah,” kata Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.


Wanita ibarat epal, 
epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi 
kerana ia berguguran di tanah, 
tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. 
Susah dipetik susah digapai. 
Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya 
dan menggugurkan diri menyembah tanah. 
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. 
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. 
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? 
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..



 


Wednesday, June 16, 2010

Cerita Ringkas : Belas Kasihan


 comel x kucing ni??


Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum w.b.t.
Saya teringat satu kisah yang berlaku pada saya tidak lama dahulu. Kisahnya bermula pada satu petang, ketika saya bersama seorang akak rumah sedang dalam perjalanan ke kedai untuk membeli ikan untuk di masak makan malam. Sebaik sahaja kami melintasi jalan berhampiran rumah, tiba2 kami terdengar suara anak kucing mengiau kuat seperti meminta tolong (org yg suka kucing ni, mmg agk fhm bahasa kucing..hee~)
Jadi, saya pun toleh ke belakang melihat kalau2 memang ada kucing berdekatan yang memerlukan pertolongan. Uik! Terkejut saya apabila terlihat seekor anak kucing terbaring lemah disisi divider jalan.
Tiba2 kak Aimi cakap pada saya, “Eh, tengok kucing tu. Mulut dia berdarah laa..”
Saya perhatikan betul2 kucing tu. Tp disebabkan mata semakin rabun dan cermin mata pun tidak dipakai, saya mengajak kak aimi untuk melihat kucing itu dengan lebih dekat.
Sesampainya saya berdekatan dengan kucing tersebut, saya melihat mulutnya berdarah dan kakinya juga terkulai layu dan dipenuhi darah. Perasaan belas kasihan lantas memenuhi ruang hati.
“Kesiannye kucing ni. Kene langgar kereta kot. Jom kita bawa dia ke tepi jalan. Panas la dekat sini..”
Setelah meletakkannya di tepi seberang jalan (berhampiran sebuah kedai runcit), tiba2 datang seorang Ammu (panggilan utk pak cik arab) kedai tersebut dan marah2. Saya x fhm sgt ape yg dia ckp. Cuma, mengikut isyarat, saya fhm bhw ammu tu x bagi letak anak kucing tu dekat dengan kedai dia.
Dalam hati saya, “Apelah ammu ni..  x de belas kasihan langsung dekat anak kucing ni.”
Tak pe lah.. saya pun bawa kucing tu jauh sikit dari tempat tadi dan letakkannya dia atas sehelai kertas di bawah pokok.
Memandangkan matahari semakin tunduk ke bumi, kami pun bergegas ke kedai risau kalau2 maghrib masuk. Hati saya meruntun pilu ketika meninggalkan kucing tersebut kerana kicauannya semakin kuat meminta pertolongan dari kami. Namun, apakan daya.. Setakat itu sahaja yang mampu kami hulurkan bantuan.
Dalam hati, saya hanya mampu berdoa, “Ya Allah, selamatkanlah kucing tu. Moga2 amalan kami ini dpt menghapuskan dosa2 kami, dan kucing tu dapat mendoakan kejayaan kami di sini.”
Keesokan harinya, Kak Aimi memberitahu pada saya bahawa kucing yang kami selamatkan tu sudah mati dan keras di tempat yang sama kami letakkannya semalam.
Sedihnya.. xpe lah. Mungkin sudah ajalnya.. Cuma saya terfikir bahawa betapa berharganya nilai satu nyawa itu walaupun hanya seekor binatang. Cuba kita bayangkan keadaan saudara kita di Palestin, nyawa umat Islam ibarat mainan oleh org Yahudi dan Israel. Mereka membunuh sesuka hati tanpa belas kasihan. Kita sebagai hamba Allah, perasaan belas kasihan harus dipupuk dalam diri. Namun, tak cukup sekadar berasa kasihan kepada saudara2 kita di Palestin tu, kita harus membuat tindakan.. jadi, fikir2kanlah……



Sunday, June 13, 2010

Menjadi doktor yang cemerlang..

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan salah satu artikel yang dipetik daripada Sinar Harian.
Saya lebih berminat utk berkongsi isu semasa bersama para pembaca sekalian dan membuat sedikit ulasan berkenaan isu ini.

Dakwa doktor salah beri ubat

TAMAN PAKATAN JAYA – Seorang penuntut universiti hampir maut apabila doktor yang merawatnya di sebuah klinik swasta dikatakan cuai apabila tersalah memberi ubat kepadanya.

Muhamad Sufiyan Safwan Samat, 21, mendapatkan rawatan di klinik berhampiran rumahnya akibat demam Selasa lalu. Namun, lain pula jadinya apabila beliau lumpuh separuh badan dan diserang strok selepas makan ubat berkenaan.

Menurutnya, beliau umpama ‘mati hidup semula’ apabila doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, cekap memberi rawatan terhadapnya dengan hanya satu suntikan.

“Selepas makan ubat, saya mengadu kepada emak dan keadaan saya masa itu memang teruk dengan tangan terlipat, mulut senget sebelah dan lumpuh separuh badan.

“Dengan keadaan menggigil, keluarga membantu saya menghantar ke klinik berkenaan, tetapi doktor itu tidak berbuat apa-apa hanya beri surat untuk dirujukkan ke hospital. Itu pun dikenakan bayaran,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, ibunya, Hababah Abdul majid, 48, terkilan dengan sikap doktor yang sambil lewa dalam memberikan rawatan terhadap anaknya.

Katanya, anak bongsunya itu adalah harapan keluarga menjadi mangsa kecuaian doktor berkenaan dan nyawa menjadi pertaruhan.

“Ini kali pertama melihat keadaan dia seperti strok, namun sepanjang jalan menuju ke hospital, saya tidak putus-putus berdoa kepada tuhan agar anak saya dapat diselamatkan. :

“Pada mulanya, doktor syak anak saya demam denggi dan terus melakukan pemeriksaan darah. Kemudian, doktor mengesahkan anak saya salah makan ubat dan terus beri suntikan. Tidak lama kemudian, anak saya kembali normal,” katanya.

Hababah berkata, laporan polis telah dibuat dan dirujuk kepada peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya takut ramai lagi pesakit lain menjadi mangsa terhadap kecuaiannya. Ini jadi satu pengajaran kerana anak saya merupakan harapan keluarga kami. Disebabkan kecuaian dia, saya boleh kehilangan anak saya.

“Kecuaian ini tidak seharusnya berlaku kepada mereka yang bergelar doktor yang lebih arif terhadap penyakit dan ubat-ubatan ini. Mereka seharusnya berhati-hati dalam memberi rawatan dan diskripsi ubat terhadap pesakit,” katanya.

 
Acapkali kita mendengar, ramai pesakit menjadi mangsa akibat kecuaian para doktor serta jururawat. Hal ini kebanyakannya terjadi berpunca daripada sikap sambil lewa mereka yang bertanggungjawab merawat seseorang pesakit itu. Sikap sebegini seharusnya dihakis dan tidak wajar dijadikan amalan kerana ia bukan sahaja akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan para pesakit, bahkan membahayakan nyawa mereka.

Saya selaku bakal doktor (walaupun lambat lagi, insyaAllah 5 tahun lagi) perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjadi seorang doktor yang benar2 tahu dalam bidang kedoktoran ini dan bukan sahaja lulus semata-mata untuk peperiksaan. teringat satu kata-kata yang dipetik dari akhbar universiti, '...being a good doctor is not really an option, but it's an obligation...'

Ya! Jadi seorang doktor yang bagus bukanlah sebenarnya satu pilihan, teteapi ia adalah satu Kewajipan!

Every doctor should say,
"If a patient suffering in front of me, I have to help him. That what doctor must do!"

Seseorang yang bergelar doktor harus memberi pertolongan kepada yang memerlukan dengan seikhlas hati kerana apabila doktor dipengaruhi oleh wang serta politik hospital yang kotor, maka pesakitlah yang akan menjadi mangsa.


Jika menjadi doktor yang cemerlang merupakan satu pilihan, oleh itu apabila timbulnya di hati para penuntut ilmu perubatan,
"Aku nak jadi doktor biasa-biasa je.. x payah la susah-susah.." inilah salah satu punca terjadinya kes2 sebegini yang membahayakan para pesakit kerana doktor tidak tahu atau tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya dan memberi ubatan sesuka hati.

Tak pun ada yang menyatakan bahawa ini adalah satu suratan takdir.. "Dah ini nasib dia, nak buat macam mana...." Sebenarnya, sekiranya kita berusaha utk menyelamatkan sesuatu keadaan, maka insyaAllah, Allah akan membantu melainkan jika ajal seseorang itu sudah bertandang. Tapi, sekurang-kurangnya kita berusaha.

Namun begitu, kita semua adalah manusia yang tak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. everyone will make mistake. Hatta seorang doktor yang hebat pun pasti pernah melakukan kesilapan dan saya tidak menafikannya. but it's must not a silly mistake. and not for many times do the same mistake.

Saya akui selaku penuntut baru dalam ilmu perubatan ini perlu tahu banyak perkara yang berlaku dalam dunia sebenar menjadi seorang doktor. InsyaAllah, moga doktor-doktor harapan Islam yang telah ada dan yang bakal dilahirkan akan menjadi penyeri kepada Islam, masyarakat dan negara. Amin..

Akhir dari saya,
"Kejayaan pada hari ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kegagalan semalam tidak dijadikan teladan." :)

Friday, June 11, 2010

Monday, June 7, 2010

Bayi maut jatuh walker

Bismillahirrahmanirrahim.

2 hari lalu saya ada terbaca satu keratan akhbar berita harian mengenai seorang bayi yang maut akibat jatuh walker.

Bayi maut jatuh walkerOleh Wan Faizal Ismayatim

2010/06/05

Mangsa jatuh ketika bermain bersendirian di rumah pengasuh


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dipercayai terjatuh daripada walker ketika di rumah pengasuhnya.
Bayi malang itu, Nasrul Hakim Nasir dibawa ke HKL, Rabu lalu oleh bapanya selepas tidak sedarkan diri akibat hentakan kuat di kepala sebelum disahkan meninggal dunia jam 12.50 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata bayi itu dikatakan terjatuh ketika bermain sendirian di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, ketika pengasuhnya seorang wanita berusia 40 tahun sedang memasak di dapur.
Takziah buat keluarga mangsa.
Teringat pula kepada anak kakak di Sabah. Khabarnya, 3 hari lalu baru sahaja kakak belikan walker untuk anaknya, Aufa Adeena, 7 bulan. Risau juga hati ini apabila terbaca keratan akhbar tersebut. Apa-apa pun, saya serahkan pada Allah supaya memelihara keluarga saya. Dan kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.

Friday, June 4, 2010

Beribu-ribu penduduk Turki menyembahyangkan jenazah aktivis misi bantuan Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas komando Israel di perairan antarabangsa, dekat Palestin, Isnin lalu.

Tuesday, June 1, 2010

Israel Laknatullah

Assalamualaikum.

Semalam kita dikejutkan dgn berita serangan Israel ke atas Mavi Marmara, kapal yg menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza gabungan pelbagai negara dalam LL4G-Life Line for Gaza.

Melalui pembacaan saya dri laman BHarian, Sinar harian, Harakah dan pelbagai lagi sumber, bagi saya tindakan Israel laknatullah ni sgt kejam dan x berperikemanusiaan. Dan Israel ni sebenarnya PENGECUT. Mereka menyerang pihak yang tidak bersenjata dan walaupun bendera putih sudah dikibarkan, mereka tetap melakukan serangan.

Khabarnya sekarang 480 aktivis ditahan dan hny 48 dibebaskn. Berkenaan 20 org aktivis yg maut, saya doakan moga mereka ditempatkan dlm golongan para syuhada' Fisabilillah. Amin...

Saya tak mahu mengulas panjang berkenaan serangan ini sbb berita2 tersebut pun byk disalurkan melalui akhbar2 serta laman web. Sila lihat link di bawah :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Israeltahan480aktivispro-Pelestin_lepaskan48yanglain/Article/index_html
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7759221.asp
http://www.youtube.com/watch?v=gB6BxmZ9krs&feature=related

Harapannya, agar kita sebagai umat Islam utk sama-sama membuat Solat hajat dan membaca Qunut Nazilah berdoa agar Allah menyelamatkan mereka yang ingin membantu umat Islam di Gaza dan semoga Allah menghancurkan rejim zionis Israel itu.

Sedihnya sbb umat Islam ditindas sehinggakan misi bantuan kepada mereka pun mahu disekat. Umat Islam perlu BANGUN! Takkan baru sekarang nak buka mata? ataupun ada lagi yang masih lena diulit mimpi dunia? Takkan apabila Israel mnyerang saudara seagama kita, kita hanya duduk ternganga? Sanggupkah kalian melihat penderitaan saudara2 kita di Palestin, sedangkan kita di sini seronok bergelak ketawa?

Ayuh kita sama2 berjuang! Bagaimana caranya? Pergi berperang ke? Kita perlu berusaha selagi mampu utk membentuk diri menjadi insan berguna utk Islam. Masing-masing ambil peranan. Dan kita perlu berperang dgn serangan pemikiran yahudi yang melanda masyarakat zaman kini.

Selain itu, kita perlu boikot segala produk atau syarikat yang bekerjasama dgn Israel dan Yahudi. Islam pasti tertegak kembali di muka bumi. Allahuakbar!

Saturday, May 29, 2010

millatfacebook for muslim. Jom join.

 Bismillahirrahmanirrahim..
Salam alaik!

Baru-baru ini, kita semua dikejutkan tentang berita pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W. Pelbagai reaksi yang saya nampak timbul dlm kalangan sahabat2 di sini. Pada mulanya, saya mcm x percaya dgn khabar ni. Tapi, setelah dikaji akan kesahihannya, macam2 saya rasa. (Marah + geram + sedih + menyesal) .

Kenapa saya rasa menyesal? Sebab saya akui saya tergolong dalam kalangan org yg agak lambat dan ketinggalan dalam memprotes rencana Yahudi ini. Sedihnya sbb saya x jadi org yg mula2 men'deactivate'kan account dlm facebook.

Lebih menyedihkan, ada reaksi sahabat2 yg buat endah x endah je dgn berita ni. Keratan akhbar 22/05/2010:

Rakyat pakistan marah terhadap FB (facebook) berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad dengan membakar bendera Amerika Syarikat di Lahore. Dikatakan seorang pengguna FB yang menganjurkan pertandingan 'Hari melukis gambar Nabi Muhammad' yang kononnye bertujuan 'menggalakkan kebebasan bersuara' yang diilhamkan oleh kartunis AS.


Cuba kita jadi macam mereka. Ke manakah perginya sensitiviti umat Islam masa kini?
Cuba baca keratan akhbar hari ni.

Berita Harian, 29/05/2010


Millatfacebook cabar Facebook
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

 “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.



Saya ada terbaca salah satu komen artikel ni. 


"jangan boikot....biarkan je, tu masalah pakistan punya hal..jgn masuk cmpur.ambik berat je hal ehwal negara kita je."

Geramnye rase! Ni bukan hal mane2 negara. tp ni hal AGAMA kita. Tolonglah jgn berfikiran kontot mcm ni. Pengaruh sekularisme.

Saya baru je join millatfacebook tu. http://www.millatfacebook.com
Mmg byk lagi yg kurg sebab masih dalam pembikinan. Alhamdulillah sebab sekurang-kurangnya ada ikhtiar lain dan rakyat Pakistan bukan sahaja mengutuk perbuatan org Yahudi, tapi mereka menunjukkn kebolehan orang Islam juga. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita terus menyokong produk buatan orang Islam, bukan menjatuhkan lagi.


Marilah kita sama2 deactivate facebook sbg tanda marah dan protes terhadap mereka yg mempersendakan nabi kita. Sebenarnya, tanda kita sayang pada Nabi Muhammad dan Islam bukan sahaja setakat deactivatekan Fb tu, tp kita lakukanlah sbgmana ajaran Rasulullah S.A.W dgn mengikuti sgla perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Ayuh kita berjuang demi Islam! Allahuakbar!!

Friday, May 21, 2010

Ujian Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Apabila kita bercakap tentang cabaran dan dugaan hidup, kita sering kali menganggap bahawa apabila datangnya sesuatu musibah, ia adalah satu ujian daripada Allah. Ya! memang betul. Namun, rata2 manusia sering alpa bahawa nikmat serta kesenangn hidup itu juga merupakan salah satu ujian dari Allah S.W.T..

Sedarkahkah kita bahawa hidup ini sendiri merupakan satu medan peperiksaan yang mana natijahnya akan diperoleh semasa di akhirat kelak. Astaghfirullah, saya akui saya adalah manusia biasa yg lemah dan sering terlupa.

Oleh itu, apabila kita ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah "innalillahi wa inna ilaihirajiuun". dan sama2 kita fikir kembali, mengapa Allah menimpakn kita ujian tersebut? Hanya Allah yang mengetahui hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana terhadap sesuatu.

Kisah yang saya alami baru2 ini, permohonan untuk mendapatkan biasiswa Jakim tidak diterima. Dan hanya seorang sahaja sahabat saya yg dipilih oleh Allah untuk mendapat rezeki tersebut.
Apabila saya m'dapat penggilan drpd ayah mengenai hal tersebut, pada mulanya hati berasa amat sedih. Namun, ku pujuk hati lantas berdoa......

"Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan hati ibu bapaku. Tundukkanku pada ketentuanMu Ya Allah. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur dgn pemberianMu, redha terhadap Qada' dan QadarMu dan sentiasa mengingatiMu setiap detik dan waktu. Ku yakin Engkau ada sesuatu yg lebih baik untukku...."

Ujian ini bukanlah seberat mana jika nak dibandingkan ujian yg Allah berikan kepada orang lain. InsyaAllah, rezeki Allah sangat luas. Mudah2an, proses untuk saya menuntut ilmu di bumi anbiya ini mendapat keberkatan Allah dan dipermudahkan jalannya.


Dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu, jalannya bukanlah indah ditabur bunga dan kenikmatan berpanjangan. Namun, kita akan diuji sejauh mana kecekalan dan tahap kebergantungan diri kita kepada Allah. Ujian Allah mungkin datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan sebagainya. Dan sangat beruntung bagi orang2 yang Sabar kerana Allah menjanjikan sesuatu yg terbaik untuk mereka.


Bagi ujian yg berbentuk nikmat, Allah ingin menguji adakah kita mensyukuri nikmat pemberian Allah itu dan sejauh mana kita cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah setelah diberi nikmat dan kesenangan. Ataupun, nikmat yang diberi adalah Istidraj untuk menyesatkan lagi manusia yg sombong dan mengingkari perintahNya. Na'uzubillah....

Dalam hadith Rasulullah sendiri ada menyatakan ada dua nikmat yang manusia sering lupa iaitu, nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG. Oleh itu, apabila adanya sifat Ihsan dalam diri, maka akan lahirlah amalan-amalan yang dilakukan semata-mata keranaNya.

Sama-samalah kita sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah melawan nafsu cinta dunia agar kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. =)