Pages

Monday, March 29, 2010

Macam mana ye agaknye hati kita ni?

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti biasa, setiap hari Jumaat akan diadakan muzakarah berkelompok (usrah) under Bkan Perak.
Dan antara modul yg dibincangkan pd minggu lalu adalah berkenaan hati.

Kami anak2 usrah masing-masing diberikan sehelai kertas dan 
dikehendaki melukis hati sendiri.

Saya fikir2.. agaknye mcm mane lah bentuk hati ni.
secara anatominya, sy tahulah bentuknye.
cume kat sini sy nk mksudkn keadaan hati (qolbun) itu sendiri. (imaginasi)

Hati ni ade mcm2 keadaan.
Hati yg Hidup, Hati yg Mati, Hati Batu, Hati yg Suci, Hati yg Hitam dan mcm2 lagi..

Jadi, sy pon lukis satu gmbar berbentuk Love dan hitamkan keseluruhan hati tu..
menggambarkan bhw hati sy ni sgtlah kotor.
byk buat dosa.. Astaghfirullahalazim....

Setiap satu kejahatan yg kita lakukan, akan timbullah satu noda hitam di hati.
bayangkan kalau dalam sehari plg kurg ade 50 titik, darabkan dgn setahun.
Dah ade 18250 titik dalam hati ni. Sy dah hidup slma 19 tahun.
18250 x 19 = 346750.

MasyaAllah, ni pon baru dikire yg baiksgt3 ni.
x lyk rasenye utk taraf sy sbg seorg hmba yg biasa dan sering melakukan dosa ni.
Rasanye, x terkira noda2 hitam yg ada dlm hati ni.

Hati yg Hitam dan Keras ni, kalau nasihat atau hidayah datang, x nak terima.
sebabnye dah Kotor dan Keras.
Menyebabkan berterusan melakukan amalan kejahatan.
Apa yg baik, dikeji dan yg jahat dipuji..

Nauzubillah. semoga kita tidak tergolong seperti tu.
cuma, kita perlu sentiasa refresh amalan, bersihkan hati, beristighfar memohon keampunanNya.
agar hati2 kita x menjadi keras dan hitam yg x m'dpt hidayahnya.

Cuba kita analogikan hati dgn GIGI..
Kalau kita x basuh gigi selama sebulan, ape jd??
mestilah terjadinya karies atau plug dkt gigi tu.
dan kalau setahun x gosok, alamatnye, tercabutlah gigi tu sebab dah reput..


Keadaan gigi yg teruk.. macam ini kah keadaan hati kita?


macam tu lah dgn hati.
kalau kita x bersihkan hati kita, dan biarkan maksiat bersarang dlm hati ni,
reput lah hati dan mmg hati spt tu dah x dpt digunakan lg.

Oleh itu, sama-sama lah kita rawat kembali hati kita.
Suburkn kembali hati yg gersang dgn banyakkan beristighfar, berselawat, membaca Al-Quran,
dan melakukan pelbagai ibadah sunat. (yg wajib mestilah jgn tinggal)




Semoga kita semua memiliki hati yg sihat dan subur. Amin.

Ini shjlah yg dpt dikongsi bersama utk kali ni.
Sebelum tu, mari kita istighfar sama-sama memohon keampunan Ilahi.
Astaghfirullahalazim 3x...






Wednesday, March 24, 2010

Persinggahan tetamu yg Istimewa di Kaherah.

Alhamdulillah, akhirnya sgla rancangan yg telah disusun dpt dijalankan dgn keizinan drpd Allah.
"Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin..."

Manusia merancang, dan Allah juga merancang, namun Dialah SEBAIK-BAIK PERANCANG. Kita sbg manusia hnya perlu berusaha, tawakkal dan berdoa kpdNya agar dipermudah sgla urusan.

Sebenarnye, ckp tntg ketentuan Allah ni sy nk relatekn dgn ape yg berlaku pd ayah sy yg berusaha berkali-kali utk mencari masa yg sesuai utk dtg menziarahi bumi Mesir ni atas beberapa 'urusan kerja'. Perbincangan demi perbincangan telah dilakukan bersama beberapa sahabat seperjuangn ayah dn akhirnya tlh diputuskn 9 Mac adlh tarikh bertolak ke Mesir.

Rombongan yg disertai oleh ayah diketuai oleh Ir. Dato' Seri Hj. Nizar bin Jamaluddin. Turut hadir, YB Khalil Idham Lim serta beberapa pimpinan Pas Perak yg lain.

Nyata dan jelas sekali kedatangan mereka membawa seribu satu jawapan yg sekian lama terbuku di minda mahasiswa-mahasiswi di Mesir ni. Alhamdulillah, kehadiran para tetamu dr Perak ni disambut dgn tgn yg terbuka oleh warga KPIPM.

Yam sgt bersamangat dtg dr Mansurah ke Kaherah utk jumpa dgn ayah kesayangan. Tapi kdtgn ayah terasa sedikit kekosongan krn mak tidak ikut serta dlm rombongan tersebut. Namun, kehadiran ayah ke sini merupakan satu rezeki dr Allah.

Sungguhpun begitu, perkara ini bukanlah menjadi alasan utkku ponteng atau culas dari menghadiri kuliah. Bagiku, kuliah tetap kuliah! Tapi, kesian jugak dkt kakak yg duduk jauh nun di Mansurah. Nak x nak, kene escape bbrp kuliah. Mujurlah ade kelas tuisyen.

Hari2 bejalan dgn pntas. Majlis ramah Mesra bersama para tetamu diadakan di Rumah Pelajar Perak, dan satu ceramah diadakan scra terbuka di dataran Haiyu 'Asyir yg dibanjiri lebih kurg 1500 org.

Kesempatan bertemu dgn ayah x diasia-siakan. Ayah yg mmg berminat dgn Kitab2nya bertanya, "Pak nak beli kitab la. Dekat mane senang nak dpt kitab ye?" Saya pun mnjwb, "Oh, dkt2 dgn Sabi' ni ade Maktabah Darussalam."

Lalu, saya bersama ayah dn kakak keluar berjalan pada satu petang yg sgt panas dn bahangnya sgt terasa. Kami jalan kaki dari kedai Elektrohouse ke Darussalam yg makan masa lebih kurg 10 minit sbb jarak kedai buku tu lebih kurg 200 meter.

Tp, di tgh perjalanan ayah bertanya, "Jauh lagi ke? Singgah kedai kejap beli air." Kulihat wajah ayah kepenatan dn keringat mula membasahi dahi ayah. Dalam hati, "Kesiannye ayah. Umur pun dah semakin meningkat, tenaga pun makin berkurang. Tambahan pula cuaca panas."
Tapi, walaupun dalam usia hampir lewat 50-an, ayah seorang yg tetap bersemangat dan cergas dlm memikul amanah dan tanggungjawab sebaiknye terhadap keluarga, serta dlm menyebarkn dakwah Islam.

Alhamdulillah, akhirnya kami smpai di Darussalam. Hari2 yg berikutnya, mcm2 lah.. x smpt rasanya utk menceritakan semuanya.

ayah bersama dgn kitab2 nya.
 
Kwn ayah, Ust Shaari ( Pak Tam) belanja makan malam. Kofta, 'ish..
Malam Wacana Perdana membongkar sgla rahsia Isu sebenar kemelut di Perak
 
 
kereta putih berangkat ke Matar m'hantar ayah ke destinasi seterusnya, Jordan

Doaku utk para pejuang Islam, moga Allah thabatkan langkahmu serta kuatkan semangatmu dlm menempuh pelbagai ujian yg mendatang demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Para pimpinan Pas yg dtg melawat Mesir meneruskan misi mereka ke Jordan dan seterusnya ke UK. Semoga Allah melindungi dn permudahkan urusan mereka.

Syukur sgt rasanya krn Allah memberikan kesempatan utk bertemu dgn ayah. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya akan pulang ke tanah air tahun ni melawat ayah, ibu serta keluarga di Malaysia.

Monday, March 22, 2010

Akhirnya kembali...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnianya sy diberi kesempatan utk mengupdate semula blog yg sudah sekian lama ditinggalkan disbbkn kekangan masa serta halangan yg x dpt dielakkan.

Ntah knp bila dah mengadap dpn komputer ni, idea utk menulis tibe2 hilang. Tp, kalau tgh duduk dlm kuliah ke, or tgh mkn sekali pun, macam2 idea yg dtg mencurah-curah utk ditulis dlm blog ni bg dikongsikn bersama.

Cumanya, mungkin kali ni saya sekadar ingin bercakap tntg kehidupan bermasyarakat. Duduk di Mesir ni, mmg sgt perlukn sahabat2 sbg rakan dn teman yg akan mmbantu kita x kira senang atau susah. maklumlah, family jauh. Rindukan kasih syg keluarga dn mak ayah. Tp sudah menjadi lumrah dn adat dlm bersahabat ni ada shj dugaan dn cbrnnya. Lain org, lain ragamnya. byk org, byk kerenahnya.

Kadang2 terasa dgn kwn2 tu, biasalah... saya ingat lagi kata2 akak naqibah usrah saya, Kak Aisah, " kalau kita ada terasa dgn kwn kita, maknanya dialah sahabat kita. tp, kalau kita x pernah langsung terasa dgn kwn kita, itu bukanlah kwn sebenar."
Maksudnya dkt sini, bila kita buat salah, sahabatlah yg akan menegur kita. Dan sekali sekala bergurau senda dgn kwn2 tu, dpt eratkan lgi ukhuwah. Cumanya kalau nak bergurau tu, perlu ada batasnya. Sebab itulah, serendah-rendah ukhuwah ada SALAMATUS SODRI (berlapang dada). Dan setinggi-tinggi ukhuwah itu adalah ITHAR (melebihkan org lain drpd diri sendiri).

Mungkin utk menuturknnya mmg mudah, tp utk melakukannya memerlukan kesungguhan. Oleh itu, sy nak ingatkan diri ini dn sahabat2 sekalian agar sama2lah kita memelihara ukhuwah Islamiyah yg terjalin sesama saudara seIslam kita. bukanlah namanya Ukhuwah apabila kita menjalinkan hubungan dgn org yg bukn Islam. sbb, ukhuwah Islamiyah itu berasaskn pegangan serta aqidah yg satu iaitu beriman kpd Allah dan RasulNya melalui ikatan Syahadah.

Setakat ni shj entry buat kali ni sbb saya ada tugasan lain yg perlu disiapkan. walaupun diri ini tidak pandai menulis, x apalah. sekurang-kurangnya dgn percubaan demi percubaan dpt meningkatkn tahap penulisan saya. Dan moganya, InsyaAllah, penulisan saya ni dpt memberikan sedikit sebanyak manfaat buat sahabat sekalin. sekiaranya ada sebarang nasihat buat saya, sgt dialu-alukan.
sekian, syukran jazilan...


Kita ingin segalanya indah
semurni pantai yang putih bersih
indahnya bagai tersusun madah
bersemi ukhuwah dipupuk kasih

kita rindukan kasih (sayang)
untuk hiasi taman (hati)
dalam melalui perjalanan suci
ingin menuju arah (Tuhan)
perlu tetap tujuan (kita)
baru kehidupan aman berpanjangan....

Thursday, March 4, 2010

cop!

blog ini mungkin terhenti seketika perjalanannya.....