Pages

Sunday, January 24, 2010

Facebook

Anda Penentu Halal Haramnya..

Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunakan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..

*dipetik daripada www.harakahdaily.net


Friday, January 15, 2010

Ciri-ciri MUSLIMAH Sejati

Kali ni ana nak berkongsi sedikit mengenai ciri-ciri muslimah sejati yg ana dpt daripada forum yg dianjurkan oleh PERUBATAN di Rumah BKAN Kedah x berapa lama dulu. Ana rasa tersentuh dan tersedar setelah mendengar penjelasan ahli panel berkenaan tajuk ni.

Antara ciri2 MUSLIMAH SEJATI:

1. Keredhaan Allah diutamakan.

2. Tidak mengutamakan KECANTIKAN LAHIRIAH. (yakni, bersyukur dgn kurniaan yg Allah berikan serta tidak berbangga-bangga dgn kecantikan yg Allah beri).

3. Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, adalah semata-mata kerana Allah SWT dan diiringi niat yg suci utk membantu serta berkhidmat utk org lain yg memerlukan.

4. Memilih suami yg bukan berdasarkan harta, pangkat serta handsome tetapi menilai seorg lelaki utk menjadi pilihan sbg suami berdasarkan AGAMA dan AKHLAK. kerana suamilah yg akan memandunya ke arah kebahagiaan rumahtangga serta keredhaan Allah.

5. Hiburannya adalah MEMBACA AL-QURAN dan BERZIKIR.

6. Tidak mementingkan diri sendiri. (Ithar terhadap org lain)

7. Mempunyai pegangan hidup yg jelas.

8. Menjalankan tugas serta tanggungjwab terhadap diri sendiri, agama, rumahtangga serta masyarakat.


Apabila ana muhasabah diri kembali, terasa kerdil dan jahil sungguh diri ni. Sama-samalh kita m'koreksi diri agr dpt menjadi seorg yg dapat menjadi permata utk Islam serta tidak mensia-sia kehidupan kita di dunia ini.

"Cantiknya wanita itu sbg GADIS, bukan kerana merah kilauan lipstik, pd bibir mekar senyuman kosmetik. Tetapi pada KEPERIBADIAN terpelihara, KELEMBUTAN dn KESOPANAN menghiasi jiwa.

Cantiknya wanita itu sbg seorg REMAJA tidak pada kulitnya halus terdedah, utk menggoda pandangan nafsu mata, tetapi pada kehidupan tejaga dri mangsa tohmahan dunia.

Cantiknya wanita itu sbg HAWA, tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam, sehinggak turunkan insan ke dunia, Tetapi sebagai pembakar semangat Perwira, menjadi tunjang perjuangan syuhada.

Cantiknya wanita itu sbg ANAK tidak menjerat diri pada lembah kederhakaan, mengalir mutiara di kelopak mata, tetapi menjadi penyelamat kepada ibu bapa pada hari kebangkitan bermula..."

Monday, January 11, 2010

ayah dan ibu..



Ayah Ibu Restui Perjuanganku
Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu


Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran

Kerana engkau laksana awan di lahit

Ibarat memayungi setiap insan


Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu

Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu

Demi kasih dan sayang

Aku rela berkorban apa saja

Kerna kini ku tahu syurga

Di tapak kaki ibu


Kau umpama permata di hatiku

Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci

Kau bak mutiara di samudera

Tetapkan berharga untuk selama-lamanya


Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka

Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku

Kasihi mereka sebagaimana mereka

Mengasihiku sewaktu dahulu

Friday, January 8, 2010

Bersyukurnya Ya Allah

Salam..


1431 Hijrah dn 2010 M sudah pun membuka tirainya.. pejam celik pejam celik, dah tahun baru. begitu cepat masa berlalu. Alhamdulillah, Allah masih beri kita nafas untuk menghirup udara tahun baru ni.
.
------
.
Bersyukur sgt sbb Allah masih berikan kita mcm2 nikmat dan rezeki.
cuma kita sering lupa untuk mensyukuri nikmat yg Dia beri.
.
------
.
Belajar Medic ni, bg ana bukan shj untuk kita tahu dan belajar tentang anggota badan, chemical reaction, dan jenis2 penyakit.. tapi ana lihat betapa tingginya kekuasaan Allah dan betapa Bijaksananya Dia mencipta sesuatu.
.
------
.
sehinggakan sekecil-kecil DNA dlm nucleus tu pun
Allah dah mengatur perjalanannya dgn rapi sekali.. Subhanallah!
.
------
.
kalau belajar Anatomy pulak, tentang struktur anggota badan.
bayangkan~.. kalo satu nerve yg rosak, boleh mnyebabkan
muscle yg dia supply tu pon rosak..
.
------
.
so, kita wajib bersyukur sebab Allah masih beri kita kesihatan.
bebas utk bergerak, berjalan..
jd, hargailah nikmat yg Allah masih beri pd kita ni dgn sebaik-baiknya.
sama2lah kita memperbanyakkn amal ibadah selagi mampu.
.
------
.
Ya Allah.. Bersyukurnya.. Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah..
sama2 kita bertahmid memujiNya..
:)