Pages

Friday, April 30, 2010

Artikel terbaru dariku..


Solat dan Kehidupan

Solat, merupakan ibadah fardu serta amalan harian bagi setiap individu muslim. Namun, kita dapat memerhatikan terdapat golongan yang amat menitikberatkan ibadah solat itu dan sebahagian golongan yang lain mengabaikannya terutamanya dalam fasa peperiksaan. Tahukah anda bahawa solat itu mengandungi pelbagai hikmah dan keajaiban di sisinya? Islam menggalakkan umatnya agar memerhati alam sekeliling, berfikir serta mengkaji apa yang berlaku di muka bumi ini. Hal ini kerana, setiap ciptaan Allah itu terselit seribu satu rahsia yang masih belum terungkai sepenuhnya. Pada hakikatnya, sungguh indah ibadah solat apabila kita selidiki daripada perspektif sains dan kesihatan.



Antara kelebihan solat ialah dapat memberikan kecerdasan otak dan pemikiran. Ketika solat, apabila melakukan sujud aliran darah dengan mudahnya dapat disalurkan ke otak. Sewaktu kajian saraf dilakukan oleh Dr Fidelma, Neurologis dari Universiti California, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Sedangkan katanya, setiap otak manusia sangat memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal. Setelah melakukan kajian sekian lama, beliau mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat ketika sujud. Ini bermakna ketika kita sujud darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan. Hal ini menyebabkan beliau telah memeluk Islam kerana menemui beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu.



 
Oleh hal yang demikian, dengan melakukan sujud dalam solat sekaligus memberikan kesedaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya kerana solat itu membuat otak kita sihat. Menurut kajian lain pula, solat dapat meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian. Sebagai seorang pelajar, otak yang cerdas dan aktif amatlah penting bagi membantu proses menuntut ilmu.
Dalam menjalani kehidupan seharian, kesihatan badan adalah sesuatu perkara yang amat penting. Apabila ditinjau pula kelebihan solat terhadap tubuh badan, menurut kajian pelbagai penyakit seperti sakit jantung, sakit pinggang, mati pucuk dan sebagainya dapat dirawat dan dihindarkan. Selain itu, kita dapat membentuk otot yang sihat dan kuat dengan melakukan solat kerana ibadah ini menyamai senaman ringan yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok. Namun, solat bukan sahaja seperti senaman malahan lebih hebat daripada itu kerana solat mengandungi zikir yang memberikan ketenangan kepada pelakunya. Kesihatan fizikal dan mental yang sempurna dapat dicapai apabila kita melakukan solat sunat sebagai ibadah tambahan seperti solat sunat tahajjud, hajat, rawatib dan sebagainya.







Mahasiswa mahasiswi sekalian, 
Jika diperhatikan semula, memang terdapat golongan yang tidak suka melakukan solat secara berjemaah. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas semasa musim peperiksaan. Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran dengan alasan solat berjemaah remeh dan merugikan masa. Pemikiran sebegini adalah salah! Berdasarkan kajian sains, secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Oleh itu, solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Hal ini menjadikan orang yang solat berjemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Selain itu, terdapat juga permasalahan yang berkaitan dengan solat iaitu melewat-lewatkan solat. Sesetengah golongan yang terlalu asyik mengulangkaji pelajaran atau melakukan sesuatu tugasan sering melakukan solat diakhir waktu malahan lebih teruk lagi sehingga ada yang sanggup meninggalkan solat. Mahasiswa mahasiswi sekalian, tahukah anda apakah kelebihan solat di awal waktu?  Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk dan dapat merehatkan minda daripada stress. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.
Konklusinya, manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk. Maka, sama-samalah kita bermuhasabah diri, adakah kita tersenarai dalam golongan yang mengabaikan solat? Marilah beristiqamah dalam melakukan ibadah harian dan amalan tersebut bukan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Sekiranya umat Islam menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebaik-baiknya dalam rutin harian, ternyata Islam itu sangat indah. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu.
 *Artikel  ni ada dipublishkan dlm ASPIRASI Edisi Peperiksaan, Buletin KPIPM.
Beberapa maklumat ada yg saya rujuk drpd iluvislam.com serta beberapa laman web.

Saturday, April 24, 2010

nasyid mggu ini..

Album : Brothers Reunited
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis