Pages

Monday, June 7, 2010

Bayi maut jatuh walker

Bismillahirrahmanirrahim.

2 hari lalu saya ada terbaca satu keratan akhbar berita harian mengenai seorang bayi yang maut akibat jatuh walker.

Bayi maut jatuh walkerOleh Wan Faizal Ismayatim

2010/06/05

Mangsa jatuh ketika bermain bersendirian di rumah pengasuh


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dipercayai terjatuh daripada walker ketika di rumah pengasuhnya.
Bayi malang itu, Nasrul Hakim Nasir dibawa ke HKL, Rabu lalu oleh bapanya selepas tidak sedarkan diri akibat hentakan kuat di kepala sebelum disahkan meninggal dunia jam 12.50 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata bayi itu dikatakan terjatuh ketika bermain sendirian di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, ketika pengasuhnya seorang wanita berusia 40 tahun sedang memasak di dapur.
Takziah buat keluarga mangsa.
Teringat pula kepada anak kakak di Sabah. Khabarnya, 3 hari lalu baru sahaja kakak belikan walker untuk anaknya, Aufa Adeena, 7 bulan. Risau juga hati ini apabila terbaca keratan akhbar tersebut. Apa-apa pun, saya serahkan pada Allah supaya memelihara keluarga saya. Dan kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.

No comments: