Pages

Thursday, December 24, 2009

Bersama kita amalkan

Salam.

Nak cerita sikit. Di Mesir ni, ada budaya yang jarang ada di Malaysia iaitu budaya membaca Al-Quran. Dekat sini, ana boleh tgk di mana-mana saja ada org baca Al-Quran. Kalau di dalam bas, org Arab akan buka Al-quran dan baca. Nampak gaya diorang macam sempoi tpi, amalan diorang sgt bagus.

Lagi satu, bacaan ayat Al-Quran selalu dimainkan di dalam teksi, bas, kedai-kedai dan di merata tempat. Alhamdulillah, dapat jadi halwa telinga bila berjalan2 di sekeliling Kaherah ni.

Bezikir juga x lekang dari bibir org2 Arab ni. Tasbih sentiasa ada di tangan. Bukan sahaja para syeikh, bahkan pak cik jaga yg dok kt pintu pagar tu pon sentiasa bertasbih. Semasa tunggu bas, diorang berzikir.

Cuba kita bandingkan dengan keadaan di Malaysia. Jauh bezanya. Kadang-kadang bila kita nak amalkan di Msia, org mcm pandang pelik sebab jarang dilakukan. Tapi, kalau amalan sebegini biasa diamalkan, mesti dah menjadi satu kebiasaan. Oleh itu, sama-samalah kita cuba untuk mengamalkan membaca Al-Quran, bezikir dan sebaiknya amalkanlah segala sunnah Rasulullah tidak kira masa dan tempat.

Saturday, December 12, 2009

cerita

Alhamdulillah. bersyukur sgt rasanya dpt tinggal di rumah perak yg baru. Perak skg dah ade 2 imarah dah kedua-duanya berjaya diislahkan dengan kerjasama drpd pelbagai pihak. rasanya mungkin sbb thun lps smasa Pakatan Rakyat memerintah, sgla urusan jadi cepat dan mudah.

Inilah dia rumah Wisma Darul Ridzuan A


ni pulak wisma B..

Cantik x? keadaan dlm wisma B yg ana diami skg..

langit yg clear.. sikit je awan.

darussalam.. syurga buku. mcm2 kitab ade.

sedapnye buah.. murah

ni lgi sedap.. halib!!


serba sedikit berkenaan kehidupan di mesir ni.
Pengalaman tu x dapat dibeli dengan wang ringgit. melalui pengalamanlah dpt mematangkan diri kita. kat Mesir ni mcm2 boleh dpt. program, talaqqi, tafaqquh, liqa'... semua tu perlu dihargai selagi masih ade kat cni..

cuma kurang something.
Mak, Ayah, Family x de di sisi...
Ku perlu Tabah dan Sabar demi menuntut ilmu.. pengorbanan dn kekuatan amat penting..
Life kat cni bukan utk enjoy2. kena fokus dlm pelajaran.. InsyaAllah. Allah akan bantu.

Wednesday, December 2, 2009

Setelah 2 bulan...& CINTA

Salam..
Ape dah terjadi kpd tuan empunya blog ini?
kalaulah boleh dilihat dgn mata kasar, blog ini tentunya sudah penuh dgn 'spider web'!
dan ada possibility utk termasuk dlm list 'Blog Paling Antik'.. hehe
dah 2 bulan lebih x diupdate.. ish3...

never mind. sbnrnya........
x ade ape2 pon terjadi. ana x tau nak ckp ape. sbb tu lah x de post yg terbaru walopon mcm2 prkara yg berlaku. ana ni taklah berbakat sgt utk menulis dan mengarang ayat.

Baiklah. Cerita terbaru tntg life ana sikit, alhamdulillah ana dah dpt anak saudara yg kedua. Aufa Adina namanya. Dan berita sedih, ayah kepada sahabat ana yg ana kasihi, Saajidah Ridhani telah kembali ke rahmatullah. Ana doakan moga Allah meniupkan ketabahan dalam hati beliau dan moga roh ayahnya ditempatkan di kalangan org yg soleh.. Amin.

Rasa terkejut dan sedih sbb tahun lps bru je jumpa dgn ayahnya.
beginilah kehidupan. setiap yg hidup pasti mati. Hanya Allah yg kekal abadi.

Baru-baru ni, KPIPM ada m'anjurkan satu forum di Wisma Darul Ridzuan A, bawah tajuk "Korban Cinta : Satu Tuntutan Dalam Islam". first time dgr tajuk ni, ana rasa tertarik utk mendengar. Anatara ahli panelnya ialah Ustaz Hairul Nizam, Ustaz Nazrul, dan Ustaz Fakeri. Hebat-hebat belaka mereka ni. Forum tersebut berjalan dgn lancar dan ana suka konsep 'Selamba' yg ustaz2 bawakan yg dpt menarik perhatian ramai pendengar.

Ana bukanlah hebat sgt utk mengupas semula tntg tajuk ni. cuma nak berkongsi apa yg ana dapat drpd forum tersebut dan jadikan ingatan utk diri ana serta sahabat2.

Antara perkara yg diketengahkan adalah berkaitan dgn CINTA kepada Junjungan Rasul S.A.W. Tanpa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. maka tiadalah cinta kita kepada Allah S.W.T. Untuk kita mencintai Rasulullah, oleh itu hendaklah kita menjejaki setiap langkah Baginda. Kerana sudah pasti setiap apa yg Baginda lakukan, akan mendatangkan Cinta Allah.. Dengan mencintai Rasulullah S.A.W., kita akan mencintai Sunnahnya, seterusnya dpt menjuruskan diri kita ke arah mencintai Allah.

Firman Allah, 'Inkuntum tuhibbuunallaha fattabi'uuni'..

Bercakap tentang cinta sesama manusia(selain cinta Rasulullah), kita boleh kaitkan dgn cinta kepada Ibu Bapa, Guru2, suami atau isteri & sahabat2... balak? makwe? ooops. no way. Islam telah menggariskan cara utk kita berkasih sayang. oleh itu, berkahwinlah sekiranya teringin utk dikasihi dan mengasihi bagi menghindarkan fitnah dan zina.

Bercinta slps berkahwin adalah lebih manis. betul. Jadi, jgn risau tntg jodoh. Ana hairan melihat sstgh org yg payah utk lepaskan kekasih hati dia sbbnya dia kata pasangan dia baik dan susah nk cari org mcm tu. tp, bercinta sakan tu bukankah salah? Ana x nak terangkan bagaimana cinta sebelum berkahwin sbb ana bukan hebat dalam bab2 gini. Tak mengapa. InsyaAllah, kalau kita inginkn pasangan yg baik dan beriman, kita cuba utk jadi yg terbaik. sbb lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik. Cuba belek Surah An-Nur. ada sebut tntg perkara ni.

kalau yg bercinta tu, ana sarankan cepat-cepatlah berkahwin. Dah jatuh hukum wajib namanya utk berkahwin sekiranya sesorg itu mampu dan x dapat kawal nafsu. Kalau rasa x mampu, (kot2 muda lagi; tgh belajar) so, x pyh bercintan cintun. lagi byk dtg mslh. msalah hati, masalah duit (topup dan belanja), dan mslh yang macam2 la...
(*kalau x setuju sila angkat tangan). hehe.. ana tau, mesti ramai yg lagi hebat dah bhskan tntg tajuk ni. ni sekadar pandangan ana yg x byk mane ilmunya.

akhirnya, ana minta maaf kalau2 ada yg terasa. x pe lah. kalau terasa, cuba muhasabah diri(mcmlah ana ni baik sgt). Bukannya ape. Sebenarnya, ana nk ingatkan diri ana yg serba kekurangn ni. Iyelah. Kita kan manusia; yg x terlepas dri melakukan kesalahan. Siapa tahu, esok2 mcm mane pulak ana ni. Nauzubillah. moga2 terhindar drpd perkara2 yg lari daripada syariat Islam.


Cintailah Illahi
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia ?kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu

Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi

Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

Friday, September 25, 2009

Ithar

Salam..

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan..
Kita hidup perlulah bermasyarakat kerana kita tak boleh hidup berseorangan tanpa bantuan org lain. Jadi, apabila kita hidup berjemaah ni, perlulah memiliki sifat ITHAR, iaitu melebihkan kepentingan org lain.

Lebih senang jika kita lihat dalam konteks persahabatan. Sifat ithar, bertolak ansur, kasih sayang sangat penting demi menjamin ukhuwah persahabatn yg berkekalan.

Cuba ingat kembali kisah 3 org sahabat Nabi SAW yg memiliki sifat Ithar yg begitu tinggi. kisah tersebut berlaku ketikamana peperangan baru shja tamat. salah seorang sahabat ni sgt dahagakan air dan dalam keadaan nazak. tatkala air tersebut hampir mencecah ke bibirnya, dia terdengar suara sahabat lain yg berdekatan mengerang meminta air. lalu ditolaknya air tersebut agar diberikan dahulu kepada sahabatnya di sebelah sedangkan dia sgt dahaga. Apabila air belum lagi sempat diminum org sahabat yg ke2 td, tiba2 terdengar suara sahabat ke3 meminta air. sahabat ke2 tadi pun menyuruh org yg membawa air tadi berikan air tersebut kepada sahabat yg ke 3. setelah air tersebut sampai, sahabat ke3 tadi telah pun Syahid. Lalu Sahabat yg membawa air pergi semula kepada sahabat ke2 dan pertama. Namun kedua-duanya telah gugur syahid..

Subhanallah.. sungguh hebat sahabat2 Nabi SAW. Mereka sgt syg akan sahabat mereka sendiri kerana mereka memiliki sifat Ithar yang begitu tinggi.

Oleh itu, ana sendiri perlu muhasabah diri, melatih diri ini agr bersifat ithar terhadap sahabat2 ana dan org lain. Yelah, diri ini sgt banyak kekurangannya.
Kalau kita lihat, banyak lagi kisah2 tentang Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 baginda yang boleh kita ambil iktibar.
Jika ada tersalah maklumat berkenaan kisah yg ana bru ceritakan tadi bolehlah perbetulkan. Ini cuma kisah secara ringkas.

Dan Alhamdulillah, Keluarga Pelajar2 Islam Perak Mesir (KPIPM) baru-baru ada menganjurkan 'Kempen Ithar' yg tak lama lagi akan dilancarkan. InsyaAllah, harapnya kempen tersebut serta aktiviti2 yang bakal dijalankan memberikan kesan yg mendalam dan dapat memupuk sifat ithar dlm diri setiap org. Dan juga dapat menanam banyak lagi sifat mahmudah.

Thursday, September 24, 2009

Sanah helwah ya ukhti..



Salam..
Pada tanggal 21 Sept yg lepas merupakan hari lahir kakakku, Maryam binti Abu Bakar..

Maap la ye.. lmbat wish.. bukan terlupe tp x berkesempatan nk pi cc.. bile dpt call hg pulak x de..

ape2 pun ku doakan moga hg berjaya menjadi seorang wanita solehah, berjaya menjadi seorang doktor yg cemerlang, moga ditetapkan iman.. semoga diberi ketabahan dalam menempuh kehidupan yg penuh cabaran....

Monday, September 21, 2009

salam aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam Perantauan.


Nampaknya Ramadhan telahpun melabuhkan tirainya dn tibalah masa untuk Syawal menjelma..
Terasa sedih pemergian Ramadhan yang mulia dan telah ditambah dengan kesedihan disebabkan ketiadaan kkeluarga di sisi..

Tahun ni beraya di negeri org.. namun kehadiran teman2 di sisi mengurangkan sedikit kesedihan tersebut.. sob2..
Berkorban apa shaja, harta ataupun nyawa..

duduk cni terasa jugak beraya.. dpt mkn nasi impit, macam2 kuih raya cuma..... ketupat dn lemang x dapat nak merasa.

16 sept sampai 18 sept hari tu ade prog perubatan di DMAK. jumpa budak2 yg pi under JPA.. Ramai la bebudak Kisas kat sne.. Muslimat ade 9 Org, muslimin pulak x silap 4 org je..

Apa-apa pun, walaupun Ramadhan sudah berlalu, sama2lah kita istiqamah dalam mengerjakan amal ibadah. Moga-moga Ramadhan lalu telah menjadi madrasah utk kita melatih diri agar menjadi seorg muslim yg lebih Berkualiti..

Lepas ni boleh lah kita sama2 mengerjakan Puasa Sunat Syawal 6 hari ye..
Wassalam..




Sunday, September 13, 2009

keredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan, Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Saturday, September 5, 2009

Ku di sini..

alhamdulillah..
akhirnya ana berjaya menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ni buat kali kedua..
skg ni ana dok kat rumah perak baru..
syukur krn sgala kmudahan ada kat cni.. rmh baru ni pulak cantik..

ana dok cni ngan akak2 dirasat. kdg2 pi jln2 ngan diorang.. masak kat cni ikut turn.. mujurlah ilmu dn kemahiran memasak banyak yg telah ana bawa dari rumah..

em, lps raya nnt baru akan ditauzi'kan ke universiti.. tp ana x tau lg u mane..
smentara dok cni, alhamdulillah, mcm2 aktiviti ade..
stiap hari ade tadarus, kelas nahu sorof..
setiap petang dn lps tarawih ade klas tafaqquh dgn Syeikh Nuruddin..
masa lapang terisi juga dgn perkara2 yg berfaedah.. lebih2 lagi skg tgh bulan ramadhan..
ibadah perlu diperbanyakkan..

kadang2...bile ana dok sorg2, teringat org di malaysia..
rindunye kat family, mak ayah, dan kawan2
sampai mimpi2.. hehe.. tp ni bukan homesick ye..
cuma rindu je.. nak msg mahal. ym pon x boleh selalu sbb cni x dpt wifi, so kene pi cc.
InsyaAllah nnt klo ade kesempatan ana akan call org2 di msia..

rasa ukhuwah yang tersimpul erat mnyebabkan hati ni sering teringatkan sahabat2 yg terpisah..
hehehe.. sedih pulak rasanye x dpt raya dengan keluarga di malaysia..
ape2 pon, ana perlu bersihkan niat dtg cni adalah utk menuntut ilmu..

Inilah adat kehidupan. yang penting skrg, kita hargailah bulan Ramadhan yang masih berbaki ni dgn m'perbanyakkan amal ibadah.. InsyaAllah, moga Allah memberkati kita semua..Amin..

Tuesday, August 25, 2009

persiapan..

salam..

15 hb lps, sabtu
,
ana kuar dari matrik.. rase sedih sgt2 tinggalkan kwn2..
Ucapan TERIMA KASIH buat shbt2 di matrik krn telah menjadi shbt yg baik utk ana..
x lupe kpd shbt2 JPP yg telah bersusah payah buat jamuan perpisahan scr mengejut walopon korg sume sebok dn penat mguruskn sukaneka merdeka..
em, ana sgt terkejut dn speechless.. huhu.. terharu gile..
Minta maaf byk kpd shbt2 sekiranya spnjg p'kenalan kita ana ade tersinggung perasaan shbt2..

16 hb, ahad,
ana bersiap2 utk ke terengganu bg m'hadiri kursus BTN.. nak x nak kene pergi gak. ana bertolak ahad ptg ke sane tumpang kwn, hidayahtika.. bdk medic dari perak 3 org je. mujurlah kami ber3 sama sekolah di Ta'ayah dlu.. alhamdulillah. ape2 urusan sng buat sama2.

17hb, isnin - 21hb, jumaat
kursus berjalan.. perasaan hadiri kursus? phm2 je la.. tp ade kebaikn jgk dtg kursus ni.. byk bende yg ana dpt dr kursus ni.
paling syok smsa aktiviti kembara.. penat gile sbb kump ana tersesat.. huhu..
tp mmg best.. hri jumaat balik ke perak naik kete Aimi.
lps 'Isyak smpai ke rmh, then lps solat tarawih pi ke surau sbb mak ayah ade buat keduri sket sempena pmrgian ana ke mesir. fuh, penat tu..

22hb, sbtu
balik kmpung jumpe sedara- mara sblm pi. balik hari je sbb brg2 x siap ape pon lg..

hari2 seterusnya smpai hri ni ana kms brg2 dn penuhkn masa yg terluang dgn family..
cume ade 3 hari je ana dpt luangkan masa spenuhnya dgn diorg.. huhu..

dn hri ni ana akan bertolak ke klia. check in kol 1 pg, flight kol 4 pagi..

TERIMA KASIH x terhingga kepada mak dan ayah yg telah byk b'korban demi kjayaan anaknya.. smoga Allah merahmati kalian, dan smoga diberi kesihatan berpanjngan dn ketabahan demi meneruskn dakwah Islam di muka bumi ini..

doakan moga ana selamat pergi dan tiba. smoga ana tabah dn berjaya di sana. Amin..
'Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..'
x lupe juga kpd sume shbt2 ana, ana sentiasa doakan yg terbaik utk shbt2 ana. smoga berjaya x kira di mana anda berada.
'Innallaha ma'ana..'

Friday, August 14, 2009

matrik dalam kenangan..

Salam alaik..

"Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus.. "
ana berkeputusan utk smbung pelajaran ke mesir dlm bidg perubatan.. ayah dan ibu suruh pi dan mungkin inilah yg Allah telah tunjukkan sbg jalan yg terbaik. Rasa sedih dan x sampai hati nak tinggal kwn2 dan t'utamanya family.

ape2 pon, malas nk ckp pnjg2. insyaAllah, flight dijangka 28 hb OGOS ni.. cepatnye.
sama2lah kita doakan moga2 sgla urusan dipermudahkan..

bagi ana, ini merupakan satu cabaran baru. kiranya ini adlah terbaik untuk agama Islam, maka ia adlh terbaik utk ana. Menuntut ilmu adlh satu jihad! Manusia merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Moga keputusan ni adalah yang terbaik. insyaAllah..
beberapa design yang sempat ana buat utk kwn2..












semoga ukhuwah kita berkekalan.. selamat meneruskan perjuangan sahabat2...

Sunday, August 2, 2009

saringan kesihatan..

semalam baru balik dari kursus jpp di kuala nerang..
alhamdulillah, macam2 pengisian tntg kepimpinan ana dapat.
kami semua peserta kursus diberi mask utk menutup muka bagi mngelakkan jangkitan H1N1..
keadaan amat membimbangkan apabila semasa hari pulang, ydp diserang demam panas secara tiba2.. setelah mmbuat pemeriksaan doktor, alhamdulillah, tu hnya demam biasa..
jd, kami bebas drpd serangan H1N1..
sebelum pulg ke matrik, para pelajar perlu mmbuat saringan kesihatan bagi mngelakkan virus H1N1 drpd bibawa masuk ke dalam Matrik..
Hari ini merupakan hari utk pulang ke matrik setelah bercuti selama 2 minggu..
Selamat Belajar kpd kwn2! selamat mendapat keputusan ups...

Saturday, July 25, 2009

Syura didahulukan, Taqwa diutamakan..

salam alaik..

Kita seringkali mendengar slogan yang dilaung-laungkan oleh PM kita iaitu "Satu Malaysia, rakyat didahulukan prestasi diutamakan.."

Em, baru2 nih mase pilihanraya kolej, ana serta beberapa sahabat berpakat utk menggunakan satu slogan yang agak2 dapat menarik perhatian pelajar2 KMPk. akhirnya ada cdngan yang mengatakan untuk mengambil idea dri slogan 1 msia tu..
maka, jadilah slogan "SATU KMPK, PELAJAR DIDAHULUKAN PRESTASI DIUTAMAKAN.." hehe.. bukan ciplak tapi mengambil idea...

Masuk kpd tajuk kat atas tu plak, sbnarnye ana ade terbaca satu artikel dlm Harakah baru2 ni yang mana, ' Pas Perak akan memperkenalkan slogan "Syura Didahulukan, Taqwa Diutamakan" dalam mencapai visi dan misinya bgi menjamin kualiti ahli Pas yg semakin hari semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Garis panduan tu akan diguna pakai kepada seluruh organisasi parti bagi memantapkan tarbiah dan gerak kerja jemaah. Pesuruhjaya Pas negeri, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliah Liqa ul-Fikr yang pertama.....'

emm.. bagi ana jika prinsip sebegini (Syura Didahulukan, Taqwa diutamakan) ditekankan dlm sesebuah organisasi, InsyaAllah, organisasi tersebut akan lebih maju dlm gerak kerja yang berlandaskan syariat serta mendapat keberkatan dn keredhaan Allah..


Thursday, July 23, 2009

PEMUDA DAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN

Pemuda pemudi sekalian..

Apa yang perlu dilakukan;

1.Sebagai muharrik dan muatthir kepada kehidupan umat

2.Mencetus/menggerak perubahan pemikiran , minda serta thaqafah

3.Mempelbagaikan uslub dan strategi dakwah

4.Pelapis yang bakal menerajui kepimpinan

5.Pembunuh segala kemunkaran dan maasi

6.Mengilmukan masyarakat

APA YANG PEMUDA PERLU LAKUKAN DALAM AMAL-AMAL DAKWAH

1.Bersikap berani seperti ALI BIN ABI TALIB

2.Yakin diri seperti USAMAH BIN ZAID

3.Cekal hati seperti ASHAABUL KAHFI

4.Berilmu dan Bijaksana seperti KANAK-KANAK TUKANG SIHIR

5.Bersemangat jihad seperti Hanzalah b amir

6.Bersedia dengan fitnah seperti Nabi Yusof

7.Bijak berpolitik seperti Nabi Ibrahim

8.Tegas seperti Sayyidin Umar AlKhattab

9.Licik seperti Amru Al As

10.Berdebat seperti Jaafar bi Abi Talib



Dr Mustafa Assibaei rh;

Tidak akan Berjaya operasi menegakkan kebenaran dengan adanya 6 ciri berikut;

1.Inginkan glamour dan tersohor diri

2.Petah ketika bercakap tetapi pengecut ketika berbuat

3.Lemah thaqfah dan berliku jalan kerja

4.Lebih mencari jalan selesa dari berkorban

5.Beranggapan diri lebih baik dari yang lain

6.Berasa lemah di hadapan orang yang lebih buruk darinya

Monday, July 20, 2009

homework tag..

salam alaik..
hehe.. keje sekolah ye kak syahadah.. em, baik.. sy buat.


Bekas kekasih saya adalah:

x pernah ade..

Saya sedang mendengar:
lagu farshi turab oleh meshary al-aradah dlm blog ni.. sayunye..

Mungkin saya patut:
hargai cuti yg diberi dn buat tutorial yang berlambak mase cuti ni.. get ready utk pspm!

saya suka:
warna HIJAU.. hehe.. dan mendengar nasyid..

Sahabat-sahabat baik sy:
ialah sahabat yg mmbwa sy ke jalan Allah.. shbt sejati adlh shbt yg x melihat sy dgn matanya tapi dgn mata hatinya..

Saya Tak Faham:
knp org suka bercouple?? Ya Allah, peliharalah mata dn hatiku drpd terjebak dlm perkara2 sebegini yg membawa kpd penyakit hati dn menyebabknku melupakanMu..

Saya kehilangan:
x tau la.. harapnye sy x kehilangan sesuatu yang sgt berharga dlm hidup sy..

Ramai yg kata:
sy ni kalut.. ye, ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan diri....

Makna nama saya:
keturunan, berasal dr p'kataan nasab..ikut sirah, seorg shbt nabi bernama Nasibah binti Kaab ( nasibah ) نسيبة

Cinta itu adalah:
sesuatu yg x dpt dilihat dgn mata kasar..(mmg pon) tpi, cinta yg mmbara semarakknlh hnya kpd yang Maha Penyayang..

Di suatu tempat seseorang sedang:
tido.. anak sedare, Fateh Ilham b'umur 2 buln tgh tido dgn nyenyaknye.. comel~ :)

Saya akan cuba:
untuk memperbaiki diri sdya upaya, dn tiadalah sy akn beroleh taufiq utk mnjayakannya melainkan dgn pertolongan Allah.. kpd Allah jualah aku berserah diri dn kpdNyalh aku kembali.. (ayat kak syuhada) hehe..

Ayat"Selamanya"membawa maksud:
infinity... tiada penghujungnya.. abadi.. lebih jelas, kehidupan akhirat adlh 'selamanya'.. kehidupan abadi dn hakiki..

Telefon bimbit saya:
dibeli dari Dubai.. aslnya henset ayah, tpi ayah tuka henset.. so pakai je la.. ade setting Arabic language.. nokia model 6150 kot x clap.. susah nk cri kat m'sia..

Bila saya terjaga dr tidur:
bace doa bgn tido.. bersyukur krn Allah masih m'hidupkanku..

Saya bila meluat bila melihat:
org b'couple.. dok pegang2 tgn.. senyum2.. sayang2.. eee, geli.

Pesta/Parti adalah:
satu smbutan utk meraikn something.. ye kot..

Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui:
kucing dlm cite shrek 2 time dia buat muka comel~.. wuu.. comelnye..

Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya:
baby.. mcm raja. hehe.. sume org buatkan utk kita. terime kasih kpd my parents.

Hari ini:
28 rejab.. esok hari last rejab..

Malam ni saya akan:
tido la... x kn nk jd musang plak b'jga mlm2..

Esok sya akan:
buat homework yg berlambak, drive ke sana ke mari, surf tenet, masak, kemas rumah, basuh baju, dn sbgnya..

Saya betul2x inginkan:
RHB.. bukn rhb bank tu.. tpi, Redha, Hidayah, dn Berkat drpd Allah SWT.. Amin..

Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie:
sy rasa sgt bersyukur, alhamdulillah, krn masih diberi kesempurnaan dn sgt kagum dgn ciptaan Allah.. subhanallah

Pusat membeli belah / arked permainan:
x phm la soklan nih.. x pe la, sy bgtau sgl jenis pusat beli-belah yg sy tau.. Giant, Jusco, Ipoh Parade, UO, Econsave, Tesco..

Makanan barat atau jepun:
sushi je yg sy tau tntg mknn jepun

Bilik yg terang atau gelap:
terang bagus utk mmbaca.. gelap bagus utk tido.. hehe

Makanan segera adalah:
makanan utk dimakan dgn segera.. hahaha.. ape punye makna daa.. senang2, x pyh la mkan mknn segera byk2. x elok..

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
selamat bercuti kpd kawan2 matrik..

Siapa yang anda mahu tag????
entah la.. x rajin nak menge'tag' org.. kdg2 sian gak deme nk lyn tag.. tp klo sape2 yg teringin suke2 nk jwb, dipersilakan...

siapakah yg bertuah itu..??
sape2 je.. hehe.. sempoi~

thanks kpd kak syahadah yg memberikn homework nih.. syok gak jwb soklan2 tuh..

kehidupan..

salam..
em.. tengah duduk2 kat rumah tetibe teringat satu lagu ni.. dinyanyikan oleh kumpulan inteam..
dan sebenarnye, lagu ni ditujukan khas buat my sister yang berade di Universiti Al-Mansoura, Egypt, Maryam Abu Bakar, semoga Allah memberikan ketabahan dan kecekalan..

Setiap orang Allah berikan ujian, cuma dalam bentuk yang berbeza-beza.. kadangkala kita rasa ujian yang menimpa kita sgt berat tapi, sebenarnya Allah ingin menguji tahap keimanan hambanya.. dan fikir2kanlah bhwa ada orang yang lebih dahsyat ujian yang Allah berikan padanya..


KEHIDUPAN

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


anyway, ya Ukhti.. ma'attaufiq wannajah fil imtihan.. pastu boleh balik rumah!! hehe..

Sunday, July 19, 2009

hayati sirah Nabi...

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allahdari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”

“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini..
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in..
sahabat2.. sama-samalah kita menghayati sirah Rasulullah s.a.w spy kita dpt meningkatkan keimanan dn ketaqwaan kpd Allah dan Nabi Muhammad s.a.w..

Sunday, June 21, 2009

Berjalan di bumi yg tandus ini penuh duri
Tanpa sedar dan penuh lalai
Penuh kejahilan dan kemusnahan..
dan kemusnahan

Mengambara mencari dunia hakiki
Tiada jumpa arah yg sejati
Tiada pembimbing penunjuk jalan yg suci
Hidup terumbang-ambing sendiri..sendiri

Tuhanku dengarlah bicara hati ini
Dariku insan yg sering tersisih
Di lautan penuh dosa dan noda
Demi mencari secebis kasih-Mu

Tuhanku tangan ini menadah sayu
Keampunan di perjalanan jauh
Semoga diterima di sisi-Mu
Sebagai bekalan negeri abadi

Menempuh sayu perjalanan pahit
Dalam kembara mencari diri
Mengharap sinar terangi hati
Yg sekian lama menutup jiwa(2x)

Nasyid ni selalu dinyanyikan bersama sahabat2 kat surau ketika di KISAS dulu..

siapalah diriku ini...

Assalamualaikum..
Kaifahaalukum ya asdiqooie?? arju kullukum fi sihhah, insyaAllah..
em.. dah lame sgt2 ana x kunjung blog ni..
hidup ni makin hari makin sebok. jd mmg x smpat nak ziarah walopon sbntar..

berkenaan pilihan raya kolej pada 13 jun lps, alhamdulillah ramai sahabat2 ana menang dan termasuk ana..
dan ape yg ana harapkan moga kemenangan ini adalah yg terbaik utk ana, org lain dan Islam.
Ya Allah.. walaupun hnya permulaan shj, mcm2 dh jadi. mcm2 rintangan...

tapi.. sometimes ana rasa diri ana ni sgt3X kerdil dn mcm x layak nk jd pemimpin (jpp).
ye la, ana tgk sume org mcm hebat2.. ana ni bukan la seorang yg pandai bercakap or b'pidato..
shbt2 ana yg lain sume hebat2 bercakap dn beri pendapat. ana slalu diam je..
dn ana akui ana selalu mengantuk smasa prbicngan or mesyuarat.. bukan sengaja tp mmg x dpt tahan. rasa mcm nak menangis tahan ngantuk tu.. tp x de siapa yg faham.. sedihnye.. huhu..

tp bg ana, yg paling penting adalah usaha. klo ckp tp x buat x ada guna jugak kan..
Allah x pandang sesuatu itu pada hasilnya tetapi pada USAHA..
Insya Allah ana akan lakukan sebaik mungkin dlm mnjlnkan tugas ana.. tugas sebagai pelajar, daie dn jpp.. ana tanak jadi fitnah kpd agama gara2 x perform dlm akademik..
ye la, tak nak lah org kate sbb sebok jlnkan tugas, pelajaran terabai.. InsyaAllah.. Usaha sungguh2 adalah kunci utama.

Allah x akn bebankan seseorg itu dgn sesuatu yg dia x mampu lakukan.. dan Dia Maha mengetahui apa yg terbaik tuk hambanya..

di kesempatan ini ana ingin mengucapkan

SELAMAT HARI BAPA

khususan ila Abi,
Abu Bakar bin Hj Hussian
Syukran Jazilan..
ad'u laka daaiman fissihhah wa fi mardhatillah, Insya Allah..

semoga dipanjangkan umur dan diberi ketabahan dan kekuatan demi menegakkan Islam..
semoga bahagia di dunia dan akhirat..
Amin..

Uhibbuka ya Abi..


Sunday, May 31, 2009

tanggungjawab??

Ya Allah...
betapa beratnye nk memikul sesuatu tanggungjawab... sedangkan gunung yg besar tu pon x sanggup memikul amanah kerana ia sgt berat.
klo nak ckp pase tajuk ni, ana pon bukannye tahu sgt.. siapalah diri ini yg sgt kerdil dn kurg ilmunya utk berkongsi dgn sahabat2.. tetapi ana sekadar nk beri pendapat ana yg sedikit ini.

sbnrnya.. dlm 3 hri lps ana dh 'terisi' borang JPP (jwtnkuasa p'wakilan pelajar) matrik.
cane boleh terisi??
fisrt2 masuk matrik mmg x terpikir nak isi borang tuh.. ye la. masuk matrik ana fikir nk kejar 4 flat.. nk pulun gile2 studi..
lagipon ana ni bukannye layak sgt utk memegang jwatan jpp ni.. dn bukanlah hebat sgt..
tp, setelah dibasuh dn dinasihat oleh akak2 serta ustaz yg suruh ambil borg tu, solat istikharah dn fikir sedalam2nya, ana pon ambil la..
itu pon hantar pd hari tarikh tutup..

Dan sekarang ana sedar bhwa betapa pentingnya jpp..
mmg kita tahu, kputusan akademik yg menentukan segalanya slps mtrik nih..
tp tggjwb utk mmbawa islam juga x perlu diabaikan..

mngikut apa yg ana sedar mlalui nasihat akak2 dn ustaz, takkan kita nk biarkan jpp tu diterajui oleh org bkn Islam or org yg bukan berfikrah Islam??
klo berlaku ape2 kemungkaran (konsert 'lagha', aktiviti yg lnggr syara'), kita yg mahukan Islam ni takkan nak berdiam diri shaja tnpa perlu membanteras? kuasa pon x ade, jd susahlah utk melakukan proses 'Amar Makruf Nahi Munkar'.. kerja dakwah akan menjadi semakin sukar..

dlm hadis Rasulullah pon ckp, cara mencegah kemungkaran yg pertama adalah mencegah dengan Tangan. so, dgn stand jpp, kita boleh merangka satu organisasi yg lebih menjurus ke arah Islam.. sgla perncangan boleh disusun tnpa dicemari oleh pengaruh2 yg x sihat.

Yang penting, kerja dakwah dan menuntut ilmu perlu seiring dan sejalan..
kejayaan akademik pon penting bagi menentukan masa depan kita yg cerah.. mcm mane jugak klo kita nak bawa Islam tapi kelulusan akademik kantoi.. btol x??

jadi, kita Yakinlah pada Allah.. kalo kita benar2 niat ikhlas utk menolong agama Allah ni, InsyaAllah, Allah akan menolong kita.. kerja2 kita akan lebih mndapat keberkatan drpd Allah.
sama konsepnye mcm siasah di luar...

tapi, calon yg masuk b'tnding blom confirm lgi. ana pon x psti menang atau tidak.
cuma sedihnya, org2 yg isi jpp tu ramainya budak2 yg mungkin la bukan org yg 'satu link'.. risau jugak.. org2 yg 'satu link pulak x ramai pon..
nway, ape2 yg bakal berlaku, ana akan terima dengan redha kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk ana..

kepada sahabat2 lain, klo kita rasa diri kita x mampu, x mengapa. tapi ingatlah, dakwah perlu etap diteruskan. walopon secara kecil2 dan sederhana, jgn berhenti terus.. jgnlah kita jd golongan yg futuur.. sama2 lah kita teruskan.. InsyaAllah..
ana doakan yg terbaik utk semua.. dn semoga kita semua Tabah dlm m'hadapi pelbagai ujian serta mehnah tribulasi yg ada.. sgala ujian yg dtg adalah kerana Allah nk menguji tahap keimanan hambanya.

Saturday, May 23, 2009

kisah Matrik...

Salam...
huish!!.. Lamanye x update blog.. x de mase nk on9.
x smpat.. ana msuk mtrik dh 2 minggu. bru masuk dh buzy..
ok lah..

sbnarnye nk cite pengalaman slama 2 mnggu brada di Kolej Matrikulasi Perak.
biasanye org kate, bile kat luar(univ.) akan jadi 'culture shock'..
bg ana, sbnrnye yg paling penting adalah cara kita bawa diri utk adapt dgn persekitaran..
mula2, sblom masuk matrik ni, ana ingat mtrik adalah satu tmpt yg sgt sosial...
tp, sbnrnye x de la sgt.

mase hri pndftrn jmpe ramai kakak2 AJK Orientasi .. diorg tu ex-kmpk..
ana tanye diorg pasal life kat ctu dn cmne nk bwk diri..
alhamdulillah, kakak2 tu tlh byk mmberikan tips dn tunjuk ajar serta pesanan..

cume pergaulan antra laki dn prmpuan kat ctu mcm bese la... agk 'selambe'.
dn ana pon skrg tgh nk blaja cara berkomunikasi dgn baik ikut cara yg sbtulnya..
ape2 pon, kat sane ramai bdak2 skolah bese.. byk yg kurg pndidikan agama.

so, sbgai seorg yg ada pndidikan agma, kakak2 ramai pesan spy tolong bimbing rakan2..
walopon diri ni sbnrnye byk lg yg prlu diperbaiki..
tp, sedey.. sbb ade gak bdak2 yg skolah agma pon x mcm dr skolh agma..
emm.. dakwah ni x kira di mana kita berada, prlu disebarkan..
klo senang, x dikira dakwah.. pengorbanan amat2 diperlukan.
so, mnuntut ilmu dn dakwah ni perlu seiring utk dpt kbrkatan.

kat cni dpt raaamai kawan. mcm2 jenis.
dan alhamdulillah, pemakaian kat cni x disekat.
kirenye klo nk pake tudung labuh dn jubah pon no hal.
pase blaja, stakat ni alhamdulillah.. ok la. cume kene rush sbb mse singkt.

em, stakat ni je kot cite pasal matrik..
sbnrnye hari ni adlh hri kwn2 mndftar upu..
selamat tinggal uia~.. kirenye x dftr hri ni mmg x masuk ctu la walopon surat da smpai.
mgkin Allah lebih tahu apa yg terbaik.

terima kasih kpd akak2 AJKO dn Itah yg byk berikn mklumt pase matrikulasi..
syukran jazilan.. smoga Allah mmberkati akak2 sume..

Ya Allah, tetapkn imanku...

"Ya muqallibal quluub.. Thabbit quluubi 'ala diinik, wa 'ala to'atik wa 'ala jihadi fi sabiilik, innaka ni'mal maula wa na'mannsir.."
Amiiin..