Pages

Saturday, December 18, 2010

JAKSI@Hisbah

Akhawat kita makin berani

SAYYEDA ZEINAB, 26 Nov –  Kenyataan panas dan agak pedas telah dikeluarkan mengenai isu musyrif dalam slot bersama Jabatan Keselamatan & Sosial (JAKSI) PERUBATAN  yang diketengahkan dalam ceramah  yang buat julung-julung kali dianjurkan oleh  JAKSI PERUBATAN  bertajuk ‘Dakwah Is My Life’, disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Fauzan Bin Abdulllah. Ceramah tersebut bermula tepat pada pukul 8 malam di Baiturroqit, Imarah 9, Sayyeda Zeinab yang telah dibanjiri oleh ahli-ahli PERUBATAN sekitar Mounira, Abou Risy dan Sayyeda Zeinab seawal jam 7.30 malam.

Banyak kes yang melibatkan mahasiswi perubatan keluar pada waktu malam tanpa ditemani musyrif telah dilaporkan dan ada juga yang terserempak sendiri dengan pihak JAKSI. Pihak JAKSI juga menyatakan rasa kecewa dan terkilan dengan sesetengah golongan mahsiswi yang susah dan teragak-agak untuk menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan oleh Biro Kebajikan PERUBATAN. Beberapa respon telah diberikan oleh pihak mahasiswi tentang penggunaan musyrif.

“Kami tak nak menyusahkan musyrif.”

“Prosedur untuk mendapatkan musyrif agak rumit.”

JAKSI sedaya upaya cuba untuk menangani masalah ini dengan mempertingkat dan memperkemas lagi sistem musyrif sedia ada. JAKSI mengingatkan seluruh warga PERUBATAN agar tidak memandang enteng kewujudan JAKSI yang sangat mengambil berat penggunaan musyrif dan masalah-masalah sosial yang kian tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

“Akhawat tanggung risiko.. atau kami main peranan,” kata pihak JAKSI.

Malam itu juga menyaksikan sejarah penggunaan musyrif telah tercipta bila semua mahasiswi yang hadir menggunakan musyrif untuk pulang ke rumah masing-masing termasuk mahasiswi yang tinggal di Imarah 20 yang jaraknya beberapa langkah sahaja.  Adakah sejarah akan berulang atau sejarah tinggal sejarah, kita tunggu dan lihat.

Zikrayat 5





Assalamualaikum..
InsyaAllah, pada sesi kali ini 2010/2011, Zikrayat ke-5 bakal diterbitkan. Jadi, kepada seluruh ahli KPIPM nantikan kemunculan Zikrayat ke-5 ini. Kerjasama anda amatlah dihargai dan oleh itu, isilah borang pengenalan diri anda beserta gambar (bagi ikhwah) untuk dimuatkan ke dalam Zikrayat 5 dan serahkan kepada mas'ul masing2.

Semoga segala usaha kita dipermudahkan jalannya dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Amin.

Syukran.