Pages

Saturday, July 25, 2009

Syura didahulukan, Taqwa diutamakan..

salam alaik..

Kita seringkali mendengar slogan yang dilaung-laungkan oleh PM kita iaitu "Satu Malaysia, rakyat didahulukan prestasi diutamakan.."

Em, baru2 nih mase pilihanraya kolej, ana serta beberapa sahabat berpakat utk menggunakan satu slogan yang agak2 dapat menarik perhatian pelajar2 KMPk. akhirnya ada cdngan yang mengatakan untuk mengambil idea dri slogan 1 msia tu..
maka, jadilah slogan "SATU KMPK, PELAJAR DIDAHULUKAN PRESTASI DIUTAMAKAN.." hehe.. bukan ciplak tapi mengambil idea...

Masuk kpd tajuk kat atas tu plak, sbnarnye ana ade terbaca satu artikel dlm Harakah baru2 ni yang mana, ' Pas Perak akan memperkenalkan slogan "Syura Didahulukan, Taqwa Diutamakan" dalam mencapai visi dan misinya bgi menjamin kualiti ahli Pas yg semakin hari semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Garis panduan tu akan diguna pakai kepada seluruh organisasi parti bagi memantapkan tarbiah dan gerak kerja jemaah. Pesuruhjaya Pas negeri, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliah Liqa ul-Fikr yang pertama.....'

emm.. bagi ana jika prinsip sebegini (Syura Didahulukan, Taqwa diutamakan) ditekankan dlm sesebuah organisasi, InsyaAllah, organisasi tersebut akan lebih maju dlm gerak kerja yang berlandaskan syariat serta mendapat keberkatan dn keredhaan Allah..


Thursday, July 23, 2009

PEMUDA DAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN

Pemuda pemudi sekalian..

Apa yang perlu dilakukan;

1.Sebagai muharrik dan muatthir kepada kehidupan umat

2.Mencetus/menggerak perubahan pemikiran , minda serta thaqafah

3.Mempelbagaikan uslub dan strategi dakwah

4.Pelapis yang bakal menerajui kepimpinan

5.Pembunuh segala kemunkaran dan maasi

6.Mengilmukan masyarakat

APA YANG PEMUDA PERLU LAKUKAN DALAM AMAL-AMAL DAKWAH

1.Bersikap berani seperti ALI BIN ABI TALIB

2.Yakin diri seperti USAMAH BIN ZAID

3.Cekal hati seperti ASHAABUL KAHFI

4.Berilmu dan Bijaksana seperti KANAK-KANAK TUKANG SIHIR

5.Bersemangat jihad seperti Hanzalah b amir

6.Bersedia dengan fitnah seperti Nabi Yusof

7.Bijak berpolitik seperti Nabi Ibrahim

8.Tegas seperti Sayyidin Umar AlKhattab

9.Licik seperti Amru Al As

10.Berdebat seperti Jaafar bi Abi Talib



Dr Mustafa Assibaei rh;

Tidak akan Berjaya operasi menegakkan kebenaran dengan adanya 6 ciri berikut;

1.Inginkan glamour dan tersohor diri

2.Petah ketika bercakap tetapi pengecut ketika berbuat

3.Lemah thaqfah dan berliku jalan kerja

4.Lebih mencari jalan selesa dari berkorban

5.Beranggapan diri lebih baik dari yang lain

6.Berasa lemah di hadapan orang yang lebih buruk darinya

Monday, July 20, 2009

homework tag..

salam alaik..
hehe.. keje sekolah ye kak syahadah.. em, baik.. sy buat.


Bekas kekasih saya adalah:

x pernah ade..

Saya sedang mendengar:
lagu farshi turab oleh meshary al-aradah dlm blog ni.. sayunye..

Mungkin saya patut:
hargai cuti yg diberi dn buat tutorial yang berlambak mase cuti ni.. get ready utk pspm!

saya suka:
warna HIJAU.. hehe.. dan mendengar nasyid..

Sahabat-sahabat baik sy:
ialah sahabat yg mmbwa sy ke jalan Allah.. shbt sejati adlh shbt yg x melihat sy dgn matanya tapi dgn mata hatinya..

Saya Tak Faham:
knp org suka bercouple?? Ya Allah, peliharalah mata dn hatiku drpd terjebak dlm perkara2 sebegini yg membawa kpd penyakit hati dn menyebabknku melupakanMu..

Saya kehilangan:
x tau la.. harapnye sy x kehilangan sesuatu yang sgt berharga dlm hidup sy..

Ramai yg kata:
sy ni kalut.. ye, ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan diri....

Makna nama saya:
keturunan, berasal dr p'kataan nasab..ikut sirah, seorg shbt nabi bernama Nasibah binti Kaab ( nasibah ) نسيبة

Cinta itu adalah:
sesuatu yg x dpt dilihat dgn mata kasar..(mmg pon) tpi, cinta yg mmbara semarakknlh hnya kpd yang Maha Penyayang..

Di suatu tempat seseorang sedang:
tido.. anak sedare, Fateh Ilham b'umur 2 buln tgh tido dgn nyenyaknye.. comel~ :)

Saya akan cuba:
untuk memperbaiki diri sdya upaya, dn tiadalah sy akn beroleh taufiq utk mnjayakannya melainkan dgn pertolongan Allah.. kpd Allah jualah aku berserah diri dn kpdNyalh aku kembali.. (ayat kak syuhada) hehe..

Ayat"Selamanya"membawa maksud:
infinity... tiada penghujungnya.. abadi.. lebih jelas, kehidupan akhirat adlh 'selamanya'.. kehidupan abadi dn hakiki..

Telefon bimbit saya:
dibeli dari Dubai.. aslnya henset ayah, tpi ayah tuka henset.. so pakai je la.. ade setting Arabic language.. nokia model 6150 kot x clap.. susah nk cri kat m'sia..

Bila saya terjaga dr tidur:
bace doa bgn tido.. bersyukur krn Allah masih m'hidupkanku..

Saya bila meluat bila melihat:
org b'couple.. dok pegang2 tgn.. senyum2.. sayang2.. eee, geli.

Pesta/Parti adalah:
satu smbutan utk meraikn something.. ye kot..

Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui:
kucing dlm cite shrek 2 time dia buat muka comel~.. wuu.. comelnye..

Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya:
baby.. mcm raja. hehe.. sume org buatkan utk kita. terime kasih kpd my parents.

Hari ini:
28 rejab.. esok hari last rejab..

Malam ni saya akan:
tido la... x kn nk jd musang plak b'jga mlm2..

Esok sya akan:
buat homework yg berlambak, drive ke sana ke mari, surf tenet, masak, kemas rumah, basuh baju, dn sbgnya..

Saya betul2x inginkan:
RHB.. bukn rhb bank tu.. tpi, Redha, Hidayah, dn Berkat drpd Allah SWT.. Amin..

Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie:
sy rasa sgt bersyukur, alhamdulillah, krn masih diberi kesempurnaan dn sgt kagum dgn ciptaan Allah.. subhanallah

Pusat membeli belah / arked permainan:
x phm la soklan nih.. x pe la, sy bgtau sgl jenis pusat beli-belah yg sy tau.. Giant, Jusco, Ipoh Parade, UO, Econsave, Tesco..

Makanan barat atau jepun:
sushi je yg sy tau tntg mknn jepun

Bilik yg terang atau gelap:
terang bagus utk mmbaca.. gelap bagus utk tido.. hehe

Makanan segera adalah:
makanan utk dimakan dgn segera.. hahaha.. ape punye makna daa.. senang2, x pyh la mkan mknn segera byk2. x elok..

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
selamat bercuti kpd kawan2 matrik..

Siapa yang anda mahu tag????
entah la.. x rajin nak menge'tag' org.. kdg2 sian gak deme nk lyn tag.. tp klo sape2 yg teringin suke2 nk jwb, dipersilakan...

siapakah yg bertuah itu..??
sape2 je.. hehe.. sempoi~

thanks kpd kak syahadah yg memberikn homework nih.. syok gak jwb soklan2 tuh..

kehidupan..

salam..
em.. tengah duduk2 kat rumah tetibe teringat satu lagu ni.. dinyanyikan oleh kumpulan inteam..
dan sebenarnye, lagu ni ditujukan khas buat my sister yang berade di Universiti Al-Mansoura, Egypt, Maryam Abu Bakar, semoga Allah memberikan ketabahan dan kecekalan..

Setiap orang Allah berikan ujian, cuma dalam bentuk yang berbeza-beza.. kadangkala kita rasa ujian yang menimpa kita sgt berat tapi, sebenarnya Allah ingin menguji tahap keimanan hambanya.. dan fikir2kanlah bhwa ada orang yang lebih dahsyat ujian yang Allah berikan padanya..


KEHIDUPAN

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


anyway, ya Ukhti.. ma'attaufiq wannajah fil imtihan.. pastu boleh balik rumah!! hehe..

Sunday, July 19, 2009

hayati sirah Nabi...

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allahdari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”

“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini..
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in..
sahabat2.. sama-samalah kita menghayati sirah Rasulullah s.a.w spy kita dpt meningkatkan keimanan dn ketaqwaan kpd Allah dan Nabi Muhammad s.a.w..