Assalamualaikum w.b.t...
Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan salah satu artikel yang dipetik daripada Sinar Harian.
Saya lebih berminat utk berkongsi isu semasa bersama para pembaca sekalian dan membuat sedikit ulasan berkenaan isu ini.
Dakwa doktor salah beri ubat
TAMAN PAKATAN JAYA – Seorang penuntut universiti hampir maut apabila doktor yang merawatnya di sebuah klinik swasta dikatakan cuai apabila tersalah memberi ubat kepadanya.
Muhamad Sufiyan Safwan Samat, 21, mendapatkan rawatan di klinik berhampiran rumahnya akibat demam Selasa lalu. Namun, lain pula jadinya apabila beliau lumpuh separuh badan dan diserang strok selepas makan ubat berkenaan.
Menurutnya, beliau umpama ‘mati hidup semula’ apabila doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, cekap memberi rawatan terhadapnya dengan hanya satu suntikan.
“Selepas makan ubat, saya mengadu kepada emak dan keadaan saya masa itu memang teruk dengan tangan terlipat, mulut senget sebelah dan lumpuh separuh badan.
“Dengan keadaan menggigil, keluarga membantu saya menghantar ke klinik berkenaan, tetapi doktor itu tidak berbuat apa-apa hanya beri surat untuk dirujukkan ke hospital. Itu pun dikenakan bayaran,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, ibunya, Hababah Abdul majid, 48, terkilan dengan sikap doktor yang sambil lewa dalam memberikan rawatan terhadap anaknya.
Katanya, anak bongsunya itu adalah harapan keluarga menjadi mangsa kecuaian doktor berkenaan dan nyawa menjadi pertaruhan.
“Ini kali pertama melihat keadaan dia seperti strok, namun sepanjang jalan menuju ke hospital, saya tidak putus-putus berdoa kepada tuhan agar anak saya dapat diselamatkan. :
“Pada mulanya, doktor syak anak saya demam denggi dan terus melakukan pemeriksaan darah. Kemudian, doktor mengesahkan anak saya salah makan ubat dan terus beri suntikan. Tidak lama kemudian, anak saya kembali normal,” katanya.
Hababah berkata, laporan polis telah dibuat dan dirujuk kepada peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya.
“Saya takut ramai lagi pesakit lain menjadi mangsa terhadap kecuaiannya. Ini jadi satu pengajaran kerana anak saya merupakan harapan keluarga kami. Disebabkan kecuaian dia, saya boleh kehilangan anak saya.
“Kecuaian ini tidak seharusnya berlaku kepada mereka yang bergelar doktor yang lebih arif terhadap penyakit dan ubat-ubatan ini. Mereka seharusnya berhati-hati dalam memberi rawatan dan diskripsi ubat terhadap pesakit,” katanya.
Acapkali kita mendengar, ramai pesakit menjadi mangsa akibat kecuaian para doktor serta jururawat. Hal ini kebanyakannya terjadi berpunca daripada sikap sambil lewa mereka yang bertanggungjawab merawat seseorang pesakit itu. Sikap sebegini seharusnya dihakis dan tidak wajar dijadikan amalan kerana ia bukan sahaja akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan para pesakit, bahkan membahayakan nyawa mereka.
Saya selaku bakal doktor (walaupun lambat lagi, insyaAllah 5 tahun lagi) perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjadi seorang doktor yang benar2 tahu dalam bidang kedoktoran ini dan bukan sahaja lulus semata-mata untuk peperiksaan. teringat satu kata-kata yang dipetik dari akhbar universiti, '...being a good doctor is not really an option, but it's an obligation...'
Ya! Jadi seorang doktor yang bagus bukanlah sebenarnya satu pilihan, teteapi ia adalah satu Kewajipan!
Every doctor should say,
"If a patient suffering in front of me, I have to help him. That what doctor must do!"
Seseorang yang bergelar doktor harus memberi pertolongan kepada yang memerlukan dengan seikhlas hati kerana apabila doktor dipengaruhi oleh wang serta politik hospital yang kotor, maka pesakitlah yang akan menjadi mangsa.
Jika menjadi doktor yang cemerlang merupakan satu pilihan, oleh itu apabila timbulnya di hati para penuntut ilmu perubatan,
"Aku nak jadi doktor biasa-biasa je.. x payah la susah-susah.." inilah salah satu punca terjadinya kes2 sebegini yang membahayakan para pesakit kerana doktor tidak tahu atau tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya dan memberi ubatan sesuka hati.
Tak pun ada yang menyatakan bahawa ini adalah satu suratan takdir.. "Dah ini nasib dia, nak buat macam mana...." Sebenarnya, sekiranya kita berusaha utk menyelamatkan sesuatu keadaan, maka insyaAllah, Allah akan membantu melainkan jika ajal seseorang itu sudah bertandang. Tapi, sekurang-kurangnya kita berusaha.
Namun begitu, kita semua adalah manusia yang tak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. everyone will make mistake. Hatta seorang doktor yang hebat pun pasti pernah melakukan kesilapan dan saya tidak menafikannya. but it's must not a silly mistake. and not for many times do the same mistake.
Saya akui selaku penuntut baru dalam ilmu perubatan ini perlu tahu banyak perkara yang berlaku dalam dunia sebenar menjadi seorang doktor. InsyaAllah, moga doktor-doktor harapan Islam yang telah ada dan yang bakal dilahirkan akan menjadi penyeri kepada Islam, masyarakat dan negara. Amin..
Akhir dari saya,
"Kejayaan pada hari ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kegagalan semalam tidak dijadikan teladan." :)
No comments:
Post a Comment