Pages

Saturday, August 21, 2010

Ku Redhai Pemergianmu...

Assalamualaikum...

Sudah lama sy tidak menziarahi bintubakr6.blogspot ini.
sebab bagiku, sejak kepulanganku ke Msia terlalu byk perkara yg terjadi sehinggakan tak berkesempatan untukku coretkan di laman usangku ini.

Post kali ini, inginku ceritakan sedikit pengalaman terbesar yg pernah kualami sepanjang hidupku. err, skema sgt kah ayat ni ?? x pe lah. asalkan ape yg nk ditulis ni sampai kpd pembaca.


17 Ogos 2010, 7 Ramadhan 1431H

1.30 pm : Orang ramai berpusu-pusu datang ke Wad 2C  menziarahi seorang wanita lewat 50-an yg sedang tenat. Mereka membaca Yasin di sisi pesakit itu dan sekali sekala membisikkan kalimah Allah di telinganya.

Azan zohor berkumandang. seorang mak cik berkata kepadaku "Pergilah solat dulu, biar kami jaga"

2.25 pm : Kelihatan pelawat-pelawat tadi berada di luar kamar. Aku segera masuk ke dalam bilik itu dan mendapati doktor sedang memeriksa tubuh pesakit tersebut. Aku terpaku dan berdoa di dalam hati agar semuanya selamat.

3.15 pm : Langit kelihatan mendung. Awan sarat dengan air menanti masa untuk dicurahkan. Cuaca begitu suram ibarat sedih menerima berita baru. Suaraku mengalunkan surah Yasin sayup-sayup kedengaran di koridor hospital. Jam 2.20 petang, detik perginya seseorang yg amatku kasihi. Wanita itu. Pesakit itu. Ya! Dia adalah IBUKU... Air mata sudah tidak mampu kutitiskan lagi. Malah, aku mampu tersenyum.

Gembirakah aku? Aku Redha, aku terima Qada' Qadar Ilahi. Mengapa aku tersenyum? Kerana ibuku pergi dlm keadaan tenang dan wajahnya bersih mengukir Senyuman. Allah... Allahuakbar!

Di saat2 akhir hayatnya, kalimah La ilaha illahllah sempat dibisikkan di telinganya.

4.00 pm : Aku tiba di rumah dengan menaiki kereta Jenazah mengiringi jenazah ibuku dari Hospital Permaisuri Bainun. Kelihatan kereta2 sudah memenuhi kawasan rumah.

6.00 pm : Kami sekeluarga memandikan jenazah ibu diketuai oleh ayahku. Ini adalah permintaan arwah ibu agar ayah serta anak2nya yg memandikan jenazahnya.

9.00 pm : Solat jenazah dilakukan di masjid berdekatan dan diimamkan oleh ayah. Rezeki ibu sebab ramai sgt org yg solatkan untuknya. Ma'mum solat sampai di luar msjid. Subhanallah.


9.45 pm : Jenazah ibu siap dikebumikan dan bacaan Tahlil juga diketuai oleh ayah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Allah permudahkan segala-galanya.

Aku tnya kpd ayah, kenapa mahu dicepatkan pengebumian sedangkn kebumi waktu malam mungkin agak sukar. Ayah jawab, " Rugilah kalau kita kebumi pagi esoknye.. sebab kalau kebumi waktu malam tu jugak, mak dah dpt nikmat dalam kubur tu lebih awal. Tambah-tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni."


Pengajaran : Setiap yang hidup pasti akan mati. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Ibu, ketika dia masih sedar kira2 seminggu lalu, hanya kalimah Allah dan ayat2 suci Al-Quran yg keluar dari bibirnya. Apabila tiba giliran kita nanti, bagaimana pula keadaannya?

Oleh itu, selagi masih hidup, teruskanlah mengumpul bekalan untuk hari akhirat kelak. Teruskan menegak kalimah Allah di muka bumi ini. Moga-moga kita mati dalam keadaan husnul khatimah.


Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada penulis.
Kisah ini diceritakan bukan untuk menagih simpati. 
Tetapi sekadar ingin mengharapkan sekalung Al-Fatihah dan doa buat arwah.
Juga untuk dijadikan teladan buat semua.
Moga-moga rohnya ditempatkan bersama para solihin.
Amin...

Allahyarhamah Seti Rafeah bt. Ramli
Umur : 56 tahun
Punca kematian : Advanced breast cancer

5 comments:

Doktor Muslim said...

assalamualaikum, nasibah..takziah..maafkan sy..em,insyaALLAH, ibu kmu bersama golongan yang beriman..amin..semoga kamu tabah hadapi hari2 yg mndatang..kmi sebagai rakan2 sedia membantu..sy juga pernah merasai kehilangan..kehilangan seorang ayah..kmu,sy yakin,kmu wanita yg kuat,sebab itu ALLAH menguji kmu sekelurga..wassalam..khairul anwar razali..

dyetika said...

nasibah abu bakar 'i'm very proud of you!!!'
sahabat yg susah dcari dan x tnilai..huhuhuhuu...

bintuassiddiq said...

To Dr. Muslim,
terima kasih ats sokongan. sy yakin anda juga seorg yg tabah krn anda pernah melalui saat2 sukar sebegini.
Innallaha ma'assobirin.. ssguhnya Allah bersama org yg sabar.

to Dyetika,
I'm proud of u too. teman yg sntiasa menemaniku di sisi. thanks very much.
semoga ukhuwah yg terbina berkekalan selamanya. :)

Ibu Alin said...

Takziah mak cik ucapkan atas pemergian Kak Seti..mak cik mula bersahabat dgn arwah ketika mengajar di Convent. masa tu Nasibah dan adik2 masih kecil lg..Alhamdulillah berpeluang menziarahi ketika beliau menerima rawatan di HKL last month..

Moga beliau ditempatkan bersama para solihin..

bintuassiddiq said...

terima kasih mak cik ats doa utk arwah.
dan terima kasih juga sbb melawat arwah mak semasa dia sakit.
sahabat2 yg hadir melawatnya lah yg menghiburkn hatinya, melupakan kesakitannya.

moga mak cik diberkati Allah.. :)