Pages

Friday, September 25, 2009

Ithar

Salam..

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan..
Kita hidup perlulah bermasyarakat kerana kita tak boleh hidup berseorangan tanpa bantuan org lain. Jadi, apabila kita hidup berjemaah ni, perlulah memiliki sifat ITHAR, iaitu melebihkan kepentingan org lain.

Lebih senang jika kita lihat dalam konteks persahabatan. Sifat ithar, bertolak ansur, kasih sayang sangat penting demi menjamin ukhuwah persahabatn yg berkekalan.

Cuba ingat kembali kisah 3 org sahabat Nabi SAW yg memiliki sifat Ithar yg begitu tinggi. kisah tersebut berlaku ketikamana peperangan baru shja tamat. salah seorang sahabat ni sgt dahagakan air dan dalam keadaan nazak. tatkala air tersebut hampir mencecah ke bibirnya, dia terdengar suara sahabat lain yg berdekatan mengerang meminta air. lalu ditolaknya air tersebut agar diberikan dahulu kepada sahabatnya di sebelah sedangkan dia sgt dahaga. Apabila air belum lagi sempat diminum org sahabat yg ke2 td, tiba2 terdengar suara sahabat ke3 meminta air. sahabat ke2 tadi pun menyuruh org yg membawa air tadi berikan air tersebut kepada sahabat yg ke 3. setelah air tersebut sampai, sahabat ke3 tadi telah pun Syahid. Lalu Sahabat yg membawa air pergi semula kepada sahabat ke2 dan pertama. Namun kedua-duanya telah gugur syahid..

Subhanallah.. sungguh hebat sahabat2 Nabi SAW. Mereka sgt syg akan sahabat mereka sendiri kerana mereka memiliki sifat Ithar yang begitu tinggi.

Oleh itu, ana sendiri perlu muhasabah diri, melatih diri ini agr bersifat ithar terhadap sahabat2 ana dan org lain. Yelah, diri ini sgt banyak kekurangannya.
Kalau kita lihat, banyak lagi kisah2 tentang Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 baginda yang boleh kita ambil iktibar.
Jika ada tersalah maklumat berkenaan kisah yg ana bru ceritakan tadi bolehlah perbetulkan. Ini cuma kisah secara ringkas.

Dan Alhamdulillah, Keluarga Pelajar2 Islam Perak Mesir (KPIPM) baru-baru ada menganjurkan 'Kempen Ithar' yg tak lama lagi akan dilancarkan. InsyaAllah, harapnya kempen tersebut serta aktiviti2 yang bakal dijalankan memberikan kesan yg mendalam dan dapat memupuk sifat ithar dlm diri setiap org. Dan juga dapat menanam banyak lagi sifat mahmudah.

Thursday, September 24, 2009

Sanah helwah ya ukhti..



Salam..
Pada tanggal 21 Sept yg lepas merupakan hari lahir kakakku, Maryam binti Abu Bakar..

Maap la ye.. lmbat wish.. bukan terlupe tp x berkesempatan nk pi cc.. bile dpt call hg pulak x de..

ape2 pun ku doakan moga hg berjaya menjadi seorang wanita solehah, berjaya menjadi seorang doktor yg cemerlang, moga ditetapkan iman.. semoga diberi ketabahan dalam menempuh kehidupan yg penuh cabaran....

Monday, September 21, 2009

salam aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam Perantauan.


Nampaknya Ramadhan telahpun melabuhkan tirainya dn tibalah masa untuk Syawal menjelma..
Terasa sedih pemergian Ramadhan yang mulia dan telah ditambah dengan kesedihan disebabkan ketiadaan kkeluarga di sisi..

Tahun ni beraya di negeri org.. namun kehadiran teman2 di sisi mengurangkan sedikit kesedihan tersebut.. sob2..
Berkorban apa shaja, harta ataupun nyawa..

duduk cni terasa jugak beraya.. dpt mkn nasi impit, macam2 kuih raya cuma..... ketupat dn lemang x dapat nak merasa.

16 sept sampai 18 sept hari tu ade prog perubatan di DMAK. jumpa budak2 yg pi under JPA.. Ramai la bebudak Kisas kat sne.. Muslimat ade 9 Org, muslimin pulak x silap 4 org je..

Apa-apa pun, walaupun Ramadhan sudah berlalu, sama2lah kita istiqamah dalam mengerjakan amal ibadah. Moga-moga Ramadhan lalu telah menjadi madrasah utk kita melatih diri agar menjadi seorg muslim yg lebih Berkualiti..

Lepas ni boleh lah kita sama2 mengerjakan Puasa Sunat Syawal 6 hari ye..
Wassalam..




Sunday, September 13, 2009

keredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan, Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Saturday, September 5, 2009

Ku di sini..

alhamdulillah..
akhirnya ana berjaya menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ni buat kali kedua..
skg ni ana dok kat rumah perak baru..
syukur krn sgala kmudahan ada kat cni.. rmh baru ni pulak cantik..

ana dok cni ngan akak2 dirasat. kdg2 pi jln2 ngan diorang.. masak kat cni ikut turn.. mujurlah ilmu dn kemahiran memasak banyak yg telah ana bawa dari rumah..

em, lps raya nnt baru akan ditauzi'kan ke universiti.. tp ana x tau lg u mane..
smentara dok cni, alhamdulillah, mcm2 aktiviti ade..
stiap hari ade tadarus, kelas nahu sorof..
setiap petang dn lps tarawih ade klas tafaqquh dgn Syeikh Nuruddin..
masa lapang terisi juga dgn perkara2 yg berfaedah.. lebih2 lagi skg tgh bulan ramadhan..
ibadah perlu diperbanyakkan..

kadang2...bile ana dok sorg2, teringat org di malaysia..
rindunye kat family, mak ayah, dan kawan2
sampai mimpi2.. hehe.. tp ni bukan homesick ye..
cuma rindu je.. nak msg mahal. ym pon x boleh selalu sbb cni x dpt wifi, so kene pi cc.
InsyaAllah nnt klo ade kesempatan ana akan call org2 di msia..

rasa ukhuwah yang tersimpul erat mnyebabkan hati ni sering teringatkan sahabat2 yg terpisah..
hehehe.. sedih pulak rasanye x dpt raya dengan keluarga di malaysia..
ape2 pon, ana perlu bersihkan niat dtg cni adalah utk menuntut ilmu..

Inilah adat kehidupan. yang penting skrg, kita hargailah bulan Ramadhan yang masih berbaki ni dgn m'perbanyakkan amal ibadah.. InsyaAllah, moga Allah memberkati kita semua..Amin..