Pages

Wednesday, December 2, 2009

Setelah 2 bulan...& CINTA

Salam..
Ape dah terjadi kpd tuan empunya blog ini?
kalaulah boleh dilihat dgn mata kasar, blog ini tentunya sudah penuh dgn 'spider web'!
dan ada possibility utk termasuk dlm list 'Blog Paling Antik'.. hehe
dah 2 bulan lebih x diupdate.. ish3...

never mind. sbnrnya........
x ade ape2 pon terjadi. ana x tau nak ckp ape. sbb tu lah x de post yg terbaru walopon mcm2 prkara yg berlaku. ana ni taklah berbakat sgt utk menulis dan mengarang ayat.

Baiklah. Cerita terbaru tntg life ana sikit, alhamdulillah ana dah dpt anak saudara yg kedua. Aufa Adina namanya. Dan berita sedih, ayah kepada sahabat ana yg ana kasihi, Saajidah Ridhani telah kembali ke rahmatullah. Ana doakan moga Allah meniupkan ketabahan dalam hati beliau dan moga roh ayahnya ditempatkan di kalangan org yg soleh.. Amin.

Rasa terkejut dan sedih sbb tahun lps bru je jumpa dgn ayahnya.
beginilah kehidupan. setiap yg hidup pasti mati. Hanya Allah yg kekal abadi.

Baru-baru ni, KPIPM ada m'anjurkan satu forum di Wisma Darul Ridzuan A, bawah tajuk "Korban Cinta : Satu Tuntutan Dalam Islam". first time dgr tajuk ni, ana rasa tertarik utk mendengar. Anatara ahli panelnya ialah Ustaz Hairul Nizam, Ustaz Nazrul, dan Ustaz Fakeri. Hebat-hebat belaka mereka ni. Forum tersebut berjalan dgn lancar dan ana suka konsep 'Selamba' yg ustaz2 bawakan yg dpt menarik perhatian ramai pendengar.

Ana bukanlah hebat sgt utk mengupas semula tntg tajuk ni. cuma nak berkongsi apa yg ana dapat drpd forum tersebut dan jadikan ingatan utk diri ana serta sahabat2.

Antara perkara yg diketengahkan adalah berkaitan dgn CINTA kepada Junjungan Rasul S.A.W. Tanpa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. maka tiadalah cinta kita kepada Allah S.W.T. Untuk kita mencintai Rasulullah, oleh itu hendaklah kita menjejaki setiap langkah Baginda. Kerana sudah pasti setiap apa yg Baginda lakukan, akan mendatangkan Cinta Allah.. Dengan mencintai Rasulullah S.A.W., kita akan mencintai Sunnahnya, seterusnya dpt menjuruskan diri kita ke arah mencintai Allah.

Firman Allah, 'Inkuntum tuhibbuunallaha fattabi'uuni'..

Bercakap tentang cinta sesama manusia(selain cinta Rasulullah), kita boleh kaitkan dgn cinta kepada Ibu Bapa, Guru2, suami atau isteri & sahabat2... balak? makwe? ooops. no way. Islam telah menggariskan cara utk kita berkasih sayang. oleh itu, berkahwinlah sekiranya teringin utk dikasihi dan mengasihi bagi menghindarkan fitnah dan zina.

Bercinta slps berkahwin adalah lebih manis. betul. Jadi, jgn risau tntg jodoh. Ana hairan melihat sstgh org yg payah utk lepaskan kekasih hati dia sbbnya dia kata pasangan dia baik dan susah nk cari org mcm tu. tp, bercinta sakan tu bukankah salah? Ana x nak terangkan bagaimana cinta sebelum berkahwin sbb ana bukan hebat dalam bab2 gini. Tak mengapa. InsyaAllah, kalau kita inginkn pasangan yg baik dan beriman, kita cuba utk jadi yg terbaik. sbb lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik. Cuba belek Surah An-Nur. ada sebut tntg perkara ni.

kalau yg bercinta tu, ana sarankan cepat-cepatlah berkahwin. Dah jatuh hukum wajib namanya utk berkahwin sekiranya sesorg itu mampu dan x dapat kawal nafsu. Kalau rasa x mampu, (kot2 muda lagi; tgh belajar) so, x pyh bercintan cintun. lagi byk dtg mslh. msalah hati, masalah duit (topup dan belanja), dan mslh yang macam2 la...
(*kalau x setuju sila angkat tangan). hehe.. ana tau, mesti ramai yg lagi hebat dah bhskan tntg tajuk ni. ni sekadar pandangan ana yg x byk mane ilmunya.

akhirnya, ana minta maaf kalau2 ada yg terasa. x pe lah. kalau terasa, cuba muhasabah diri(mcmlah ana ni baik sgt). Bukannya ape. Sebenarnya, ana nk ingatkan diri ana yg serba kekurangn ni. Iyelah. Kita kan manusia; yg x terlepas dri melakukan kesalahan. Siapa tahu, esok2 mcm mane pulak ana ni. Nauzubillah. moga2 terhindar drpd perkara2 yg lari daripada syariat Islam.


Cintailah Illahi
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia ?kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu

Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi

Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

No comments: