Salam.
Nak cerita sikit. Di Mesir ni, ada budaya yang jarang ada di Malaysia iaitu budaya membaca Al-Quran. Dekat sini, ana boleh tgk di mana-mana saja ada org baca Al-Quran. Kalau di dalam bas, org Arab akan buka Al-quran dan baca. Nampak gaya diorang macam sempoi tpi, amalan diorang sgt bagus.
Lagi satu, bacaan ayat Al-Quran selalu dimainkan di dalam teksi, bas, kedai-kedai dan di merata tempat. Alhamdulillah, dapat jadi halwa telinga bila berjalan2 di sekeliling Kaherah ni.
Bezikir juga x lekang dari bibir org2 Arab ni. Tasbih sentiasa ada di tangan. Bukan sahaja para syeikh, bahkan pak cik jaga yg dok kt pintu pagar tu pon sentiasa bertasbih. Semasa tunggu bas, diorang berzikir.
Cuba kita bandingkan dengan keadaan di Malaysia. Jauh bezanya. Kadang-kadang bila kita nak amalkan di Msia, org mcm pandang pelik sebab jarang dilakukan. Tapi, kalau amalan sebegini biasa diamalkan, mesti dah menjadi satu kebiasaan. Oleh itu, sama-samalah kita cuba untuk mengamalkan membaca Al-Quran, bezikir dan sebaiknya amalkanlah segala sunnah Rasulullah tidak kira masa dan tempat.
No comments:
Post a Comment