Pages

Friday, September 25, 2009

Ithar

Salam..

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan..
Kita hidup perlulah bermasyarakat kerana kita tak boleh hidup berseorangan tanpa bantuan org lain. Jadi, apabila kita hidup berjemaah ni, perlulah memiliki sifat ITHAR, iaitu melebihkan kepentingan org lain.

Lebih senang jika kita lihat dalam konteks persahabatan. Sifat ithar, bertolak ansur, kasih sayang sangat penting demi menjamin ukhuwah persahabatn yg berkekalan.

Cuba ingat kembali kisah 3 org sahabat Nabi SAW yg memiliki sifat Ithar yg begitu tinggi. kisah tersebut berlaku ketikamana peperangan baru shja tamat. salah seorang sahabat ni sgt dahagakan air dan dalam keadaan nazak. tatkala air tersebut hampir mencecah ke bibirnya, dia terdengar suara sahabat lain yg berdekatan mengerang meminta air. lalu ditolaknya air tersebut agar diberikan dahulu kepada sahabatnya di sebelah sedangkan dia sgt dahaga. Apabila air belum lagi sempat diminum org sahabat yg ke2 td, tiba2 terdengar suara sahabat ke3 meminta air. sahabat ke2 tadi pun menyuruh org yg membawa air tadi berikan air tersebut kepada sahabat yg ke 3. setelah air tersebut sampai, sahabat ke3 tadi telah pun Syahid. Lalu Sahabat yg membawa air pergi semula kepada sahabat ke2 dan pertama. Namun kedua-duanya telah gugur syahid..

Subhanallah.. sungguh hebat sahabat2 Nabi SAW. Mereka sgt syg akan sahabat mereka sendiri kerana mereka memiliki sifat Ithar yang begitu tinggi.

Oleh itu, ana sendiri perlu muhasabah diri, melatih diri ini agr bersifat ithar terhadap sahabat2 ana dan org lain. Yelah, diri ini sgt banyak kekurangannya.
Kalau kita lihat, banyak lagi kisah2 tentang Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 baginda yang boleh kita ambil iktibar.
Jika ada tersalah maklumat berkenaan kisah yg ana bru ceritakan tadi bolehlah perbetulkan. Ini cuma kisah secara ringkas.

Dan Alhamdulillah, Keluarga Pelajar2 Islam Perak Mesir (KPIPM) baru-baru ada menganjurkan 'Kempen Ithar' yg tak lama lagi akan dilancarkan. InsyaAllah, harapnya kempen tersebut serta aktiviti2 yang bakal dijalankan memberikan kesan yg mendalam dan dapat memupuk sifat ithar dlm diri setiap org. Dan juga dapat menanam banyak lagi sifat mahmudah.