Pages

Saturday, May 29, 2010

millatfacebook for muslim. Jom join.

 Bismillahirrahmanirrahim..
Salam alaik!

Baru-baru ini, kita semua dikejutkan tentang berita pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W. Pelbagai reaksi yang saya nampak timbul dlm kalangan sahabat2 di sini. Pada mulanya, saya mcm x percaya dgn khabar ni. Tapi, setelah dikaji akan kesahihannya, macam2 saya rasa. (Marah + geram + sedih + menyesal) .

Kenapa saya rasa menyesal? Sebab saya akui saya tergolong dalam kalangan org yg agak lambat dan ketinggalan dalam memprotes rencana Yahudi ini. Sedihnya sbb saya x jadi org yg mula2 men'deactivate'kan account dlm facebook.

Lebih menyedihkan, ada reaksi sahabat2 yg buat endah x endah je dgn berita ni. Keratan akhbar 22/05/2010:

Rakyat pakistan marah terhadap FB (facebook) berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad dengan membakar bendera Amerika Syarikat di Lahore. Dikatakan seorang pengguna FB yang menganjurkan pertandingan 'Hari melukis gambar Nabi Muhammad' yang kononnye bertujuan 'menggalakkan kebebasan bersuara' yang diilhamkan oleh kartunis AS.


Cuba kita jadi macam mereka. Ke manakah perginya sensitiviti umat Islam masa kini?
Cuba baca keratan akhbar hari ni.

Berita Harian, 29/05/2010


Millatfacebook cabar Facebook
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

 “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.



Saya ada terbaca salah satu komen artikel ni. 


"jangan boikot....biarkan je, tu masalah pakistan punya hal..jgn masuk cmpur.ambik berat je hal ehwal negara kita je."

Geramnye rase! Ni bukan hal mane2 negara. tp ni hal AGAMA kita. Tolonglah jgn berfikiran kontot mcm ni. Pengaruh sekularisme.

Saya baru je join millatfacebook tu. http://www.millatfacebook.com
Mmg byk lagi yg kurg sebab masih dalam pembikinan. Alhamdulillah sebab sekurang-kurangnya ada ikhtiar lain dan rakyat Pakistan bukan sahaja mengutuk perbuatan org Yahudi, tapi mereka menunjukkn kebolehan orang Islam juga. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita terus menyokong produk buatan orang Islam, bukan menjatuhkan lagi.


Marilah kita sama2 deactivate facebook sbg tanda marah dan protes terhadap mereka yg mempersendakan nabi kita. Sebenarnya, tanda kita sayang pada Nabi Muhammad dan Islam bukan sahaja setakat deactivatekan Fb tu, tp kita lakukanlah sbgmana ajaran Rasulullah S.A.W dgn mengikuti sgla perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Ayuh kita berjuang demi Islam! Allahuakbar!!

Friday, May 21, 2010

Ujian Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Apabila kita bercakap tentang cabaran dan dugaan hidup, kita sering kali menganggap bahawa apabila datangnya sesuatu musibah, ia adalah satu ujian daripada Allah. Ya! memang betul. Namun, rata2 manusia sering alpa bahawa nikmat serta kesenangn hidup itu juga merupakan salah satu ujian dari Allah S.W.T..

Sedarkahkah kita bahawa hidup ini sendiri merupakan satu medan peperiksaan yang mana natijahnya akan diperoleh semasa di akhirat kelak. Astaghfirullah, saya akui saya adalah manusia biasa yg lemah dan sering terlupa.

Oleh itu, apabila kita ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah "innalillahi wa inna ilaihirajiuun". dan sama2 kita fikir kembali, mengapa Allah menimpakn kita ujian tersebut? Hanya Allah yang mengetahui hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana terhadap sesuatu.

Kisah yang saya alami baru2 ini, permohonan untuk mendapatkan biasiswa Jakim tidak diterima. Dan hanya seorang sahaja sahabat saya yg dipilih oleh Allah untuk mendapat rezeki tersebut.
Apabila saya m'dapat penggilan drpd ayah mengenai hal tersebut, pada mulanya hati berasa amat sedih. Namun, ku pujuk hati lantas berdoa......

"Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan hati ibu bapaku. Tundukkanku pada ketentuanMu Ya Allah. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur dgn pemberianMu, redha terhadap Qada' dan QadarMu dan sentiasa mengingatiMu setiap detik dan waktu. Ku yakin Engkau ada sesuatu yg lebih baik untukku...."

Ujian ini bukanlah seberat mana jika nak dibandingkan ujian yg Allah berikan kepada orang lain. InsyaAllah, rezeki Allah sangat luas. Mudah2an, proses untuk saya menuntut ilmu di bumi anbiya ini mendapat keberkatan Allah dan dipermudahkan jalannya.


Dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu, jalannya bukanlah indah ditabur bunga dan kenikmatan berpanjangan. Namun, kita akan diuji sejauh mana kecekalan dan tahap kebergantungan diri kita kepada Allah. Ujian Allah mungkin datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan sebagainya. Dan sangat beruntung bagi orang2 yang Sabar kerana Allah menjanjikan sesuatu yg terbaik untuk mereka.


Bagi ujian yg berbentuk nikmat, Allah ingin menguji adakah kita mensyukuri nikmat pemberian Allah itu dan sejauh mana kita cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah setelah diberi nikmat dan kesenangan. Ataupun, nikmat yang diberi adalah Istidraj untuk menyesatkan lagi manusia yg sombong dan mengingkari perintahNya. Na'uzubillah....

Dalam hadith Rasulullah sendiri ada menyatakan ada dua nikmat yang manusia sering lupa iaitu, nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG. Oleh itu, apabila adanya sifat Ihsan dalam diri, maka akan lahirlah amalan-amalan yang dilakukan semata-mata keranaNya.

Sama-samalah kita sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah melawan nafsu cinta dunia agar kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. =)

Tuesday, May 18, 2010

Jadual Peperiksaan

Bismillahirrahmanirahim...

Berikut adalah jadual peperiksaan akhir bagi pelajar tahun 1 Ain Shams Universiti..


13/5 : Anatomy Practical
19/5 : Physiology Practical
25/5 : Biochemistry Practical
2/6  : Histology Practical

24/6 : English & Human Rights
26/6 : Physiology (written)
27/6 : Physiology (oral)
2/7  : Biochemistry (written)
3/7  : Bichemistry (oral)
10/7 : Anatomy (written)
11/7 : Anatomy (oral)
17/7 : Histology (written)
18/7 : Histology (oral)


InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusanku menjawab peperiksaan.
Usaha diiringi doa dan Tawakkal kepada Allah. Semoga natijahnya adalah MUMTAZ!
Amin..

Ya Allah, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan kurniakanlah ku kefahaman..
Perlu tajdid niat sentiasa bhw menuntut ilmu bukan kerana peperiksaan, tp adalah semata-mata utk mencari keredhaan Allah S.W.T...



SALAM IMTIHAN buat semua sahabat2!


Bismillahi tawakkaltu 'alallah, la haula wala quwwata illa billah...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!

Lilin Seorang Guru

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Lagu & Lirik : Cikgu Khairul, Mie.. inteam & Munif Ahmad (Hijjaz)
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd
 
 
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK
terutama Guru2 Yang pernah mengajar saya di:

Tadika Addin, Ipoh
Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh
Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
Daurah Lughah Arabiyah, Kolej Islam Darul Ulum, Kedah

Jasa kalian tetapku kenang. Hanya Allah yg bisa membalas jasa kalian. Harapanku agar kalian diberikan kekuatan utk terus mendidik manusia di muka bumi ini menjadi insan berguna untuk masyarakat, negara dan Islam!

Tak lupa juga Selamat Hari Guru kuucapkan buat Ibu Bapaku yg merupakan murabbi saya sejak kecil, mengajar berjalan, berkata2, mengaji dn mengenal Tuhan dan Islam. 
Terima Kasih tidak terhingga kuucapkan.

Sunday, May 9, 2010

 Seti Rafeah binti Ramli, Ibu yg kukasihi..

 
Hari ni hari Ibu.. mase dalam kuliah, tiba2 je dapat msg dari nyah kat msia..

" hari ni hari ibu.. hg x ingat ke?"

so, lepas kuliah habis then balik rumah terus je call mak..
time tu jam msia lebih kurang pukul 8.40 mlm.. 

tuuut..tut.. mak angkat telefon.
dalam hati, alhamdulillah, rasa lega sbb masih dpt dengar suara mak yg sgt dirindui. 
mak sihat.
Lps tnya keadaan mak, saya pun ckp kat mak...

"Mak, selamat hari ibu.. semoga diberikan kesihatan berpanjangan. semoga diberkati oleh Allah selalu.... "
mak jawab, "Amin.. terime kasih."

tiba2 lidah terkelu. x tau nak ckp ape. padahal, dlm otak dah rancang apa yg hendak dituturkan.
Sebenarnya, nak ucap pada mak:

Terima kasih kerana 
berpenat lelah melahirkanku..
Sabar melayan karenahku sejak kecil..
Mendidik dan mengasuhku tanpa jemu..
Sentiasa memberi dorongan dan semangat.

Terima Kasih yg tak Terhingga buatmu Ibu..
Ku sangat berbangga dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu sepertimu..
Hanya Allah yang bisa membalas segala jasamu.

dan, MAAFkan segala salah silapku kerana sering membuat hatimu terluka.
Andaiku terkasar denganmu, tidak mendengar katamu, 
Ampunilah ku duhai ibu.
Ku akui diriku lemah.. tak bisa menjadi seorang anak yang sempurna buatmu

Kuharapkn iringan doa darimu buatku agar ku menjadi insan yang berguna utk Islam serta 
menjadi anak yang SOLEHAH utkmu..

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.
Rahmatilah dan berkatilah mereka dunia dan akhirat.
Berilah mereka kesihatan berpanjangn dan penuhkanlah hidup mereka dgn amalan2 soleh.
Limpahknlah kasih sayangMu ke atas mereka dan peliharalah mereka tiap detik dan waktu.
Jadikanlah mereka dri kalangan orang-orang yang soleh. 
Amin..

Alhamdulillah...

Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Friday, April 30, 2010

Artikel terbaru dariku..


Solat dan Kehidupan

Solat, merupakan ibadah fardu serta amalan harian bagi setiap individu muslim. Namun, kita dapat memerhatikan terdapat golongan yang amat menitikberatkan ibadah solat itu dan sebahagian golongan yang lain mengabaikannya terutamanya dalam fasa peperiksaan. Tahukah anda bahawa solat itu mengandungi pelbagai hikmah dan keajaiban di sisinya? Islam menggalakkan umatnya agar memerhati alam sekeliling, berfikir serta mengkaji apa yang berlaku di muka bumi ini. Hal ini kerana, setiap ciptaan Allah itu terselit seribu satu rahsia yang masih belum terungkai sepenuhnya. Pada hakikatnya, sungguh indah ibadah solat apabila kita selidiki daripada perspektif sains dan kesihatan.



Antara kelebihan solat ialah dapat memberikan kecerdasan otak dan pemikiran. Ketika solat, apabila melakukan sujud aliran darah dengan mudahnya dapat disalurkan ke otak. Sewaktu kajian saraf dilakukan oleh Dr Fidelma, Neurologis dari Universiti California, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Sedangkan katanya, setiap otak manusia sangat memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal. Setelah melakukan kajian sekian lama, beliau mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat ketika sujud. Ini bermakna ketika kita sujud darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan. Hal ini menyebabkan beliau telah memeluk Islam kerana menemui beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu.



 
Oleh hal yang demikian, dengan melakukan sujud dalam solat sekaligus memberikan kesedaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya kerana solat itu membuat otak kita sihat. Menurut kajian lain pula, solat dapat meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian. Sebagai seorang pelajar, otak yang cerdas dan aktif amatlah penting bagi membantu proses menuntut ilmu.
Dalam menjalani kehidupan seharian, kesihatan badan adalah sesuatu perkara yang amat penting. Apabila ditinjau pula kelebihan solat terhadap tubuh badan, menurut kajian pelbagai penyakit seperti sakit jantung, sakit pinggang, mati pucuk dan sebagainya dapat dirawat dan dihindarkan. Selain itu, kita dapat membentuk otot yang sihat dan kuat dengan melakukan solat kerana ibadah ini menyamai senaman ringan yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok. Namun, solat bukan sahaja seperti senaman malahan lebih hebat daripada itu kerana solat mengandungi zikir yang memberikan ketenangan kepada pelakunya. Kesihatan fizikal dan mental yang sempurna dapat dicapai apabila kita melakukan solat sunat sebagai ibadah tambahan seperti solat sunat tahajjud, hajat, rawatib dan sebagainya.







Mahasiswa mahasiswi sekalian, 
Jika diperhatikan semula, memang terdapat golongan yang tidak suka melakukan solat secara berjemaah. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas semasa musim peperiksaan. Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran dengan alasan solat berjemaah remeh dan merugikan masa. Pemikiran sebegini adalah salah! Berdasarkan kajian sains, secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Oleh itu, solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Hal ini menjadikan orang yang solat berjemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Selain itu, terdapat juga permasalahan yang berkaitan dengan solat iaitu melewat-lewatkan solat. Sesetengah golongan yang terlalu asyik mengulangkaji pelajaran atau melakukan sesuatu tugasan sering melakukan solat diakhir waktu malahan lebih teruk lagi sehingga ada yang sanggup meninggalkan solat. Mahasiswa mahasiswi sekalian, tahukah anda apakah kelebihan solat di awal waktu?  Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk dan dapat merehatkan minda daripada stress. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.
Konklusinya, manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk. Maka, sama-samalah kita bermuhasabah diri, adakah kita tersenarai dalam golongan yang mengabaikan solat? Marilah beristiqamah dalam melakukan ibadah harian dan amalan tersebut bukan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Sekiranya umat Islam menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebaik-baiknya dalam rutin harian, ternyata Islam itu sangat indah. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu.
 *Artikel  ni ada dipublishkan dlm ASPIRASI Edisi Peperiksaan, Buletin KPIPM.
Beberapa maklumat ada yg saya rujuk drpd iluvislam.com serta beberapa laman web.

Saturday, April 24, 2010

nasyid mggu ini..

Album : Brothers Reunited
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis