Bismillahirrahmanirrahim...
Apabila kita bercakap tentang cabaran dan dugaan hidup, kita sering kali menganggap bahawa apabila datangnya sesuatu musibah, ia adalah satu ujian daripada Allah. Ya! memang betul. Namun, rata2 manusia sering alpa bahawa nikmat serta kesenangn hidup itu juga merupakan salah satu ujian dari Allah S.W.T..
Sedarkahkah kita bahawa hidup ini sendiri merupakan satu medan peperiksaan yang mana natijahnya akan diperoleh semasa di akhirat kelak. Astaghfirullah, saya akui saya adalah manusia biasa yg lemah dan sering terlupa.
Oleh itu, apabila kita ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah "innalillahi wa inna ilaihirajiuun". dan sama2 kita fikir kembali, mengapa Allah menimpakn kita ujian tersebut? Hanya Allah yang mengetahui hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana terhadap sesuatu.
Kisah yang saya alami baru2 ini, permohonan untuk mendapatkan biasiswa Jakim tidak diterima. Dan hanya seorang sahaja sahabat saya yg dipilih oleh Allah untuk mendapat rezeki tersebut.
Apabila saya m'dapat penggilan drpd ayah mengenai hal tersebut, pada mulanya hati berasa amat sedih. Namun, ku pujuk hati lantas berdoa......
"Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan hati ibu bapaku. Tundukkanku pada ketentuanMu Ya Allah. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur dgn pemberianMu, redha terhadap Qada' dan QadarMu dan sentiasa mengingatiMu setiap detik dan waktu. Ku yakin Engkau ada sesuatu yg lebih baik untukku...."
Ujian ini bukanlah seberat mana jika nak dibandingkan ujian yg Allah berikan kepada orang lain. InsyaAllah, rezeki Allah sangat luas. Mudah2an, proses untuk saya menuntut ilmu di bumi anbiya ini mendapat keberkatan Allah dan dipermudahkan jalannya.
Dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu, jalannya bukanlah indah ditabur bunga dan kenikmatan berpanjangan. Namun, kita akan diuji sejauh mana kecekalan dan tahap kebergantungan diri kita kepada Allah. Ujian Allah mungkin datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan sebagainya. Dan sangat beruntung bagi orang2 yang Sabar kerana Allah menjanjikan sesuatu yg terbaik untuk mereka.
Bagi ujian yg berbentuk nikmat, Allah ingin menguji adakah kita mensyukuri nikmat pemberian Allah itu dan sejauh mana kita cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah setelah diberi nikmat dan kesenangan. Ataupun, nikmat yang diberi adalah Istidraj untuk menyesatkan lagi manusia yg sombong dan mengingkari perintahNya. Na'uzubillah....
Dalam hadith Rasulullah sendiri ada menyatakan ada dua nikmat yang manusia sering lupa iaitu, nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG. Oleh itu, apabila adanya sifat Ihsan dalam diri, maka akan lahirlah amalan-amalan yang dilakukan semata-mata keranaNya.
Sama-samalah kita sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah melawan nafsu cinta dunia agar kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. =)
No comments:
Post a Comment