Melihat tajuk post kali ini, tentu banyak persoalan yg timbul dlm fikiran anda. Siapa yang berpelukan? Kenapa perlu biarkan? Baiklah. Isu yg ingin ana ketengahkan kali ini adalah berkenaan berita yang ana dengar di Tv3 pd minggu lepas (lamanya..baru sekarang nk ulas..kekangan masa) sebelum pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau berlangsung.
Menerusi berita jam 8.00mlm tersebut, seorang mak cik (umur lingkungan 70-an) dari Merlimau menyatakan bahawa dia tidak percayakan Nik Aziz kerana dia melihat beliau berpelukan dengan Karpal Singh dn Lim Guan Eng ( x silap ana.. betulkn jika salah). Menurut mak cik tersebut, dia berasa amat risau melihat keadaan itu kerana baginya, Karpal dan Lim Guan Eng mempunyai niat lain dan mereka tidak ikhlas. Lalu dia mengajak rakyat untuk menyokong BN atas alasan tersebut.
Gambar hiasan. Tuan Guru Nik Aziz sedang berpelukan dengan Tuan Guru Hadi Awang
tanda ukhuwah Islamiyah yg erat.
Emm..Salahkah mereka berpelukan? Sedangkan mereka lelaki sama lelaki walaupun berlainan agama. Katenye 1 Malaysia.. ni nak tunujk perpaduan rakyat yg berbilang kaum la. kan mak cik?? Mak cik tau ke isi hati mereka. Siapa tahu kalau2 dengan pelukan daripada seorang ulama' ini bisa membawa mereka ke dalam agama Islam. lagi pula, ini juga menunjukkan bahawa kita selaku umat Islam tidak memerangi kaum kafir selagimana mereka tidak menentang Islam dan sedia tunduk di bawah pemerintahan Islam. Tambahan pula, kerjasama dengan orang kafir yg dapat membantu perkembangan dakwah islam lebih baik berbanding bekerjasama dengan org Islam tetapi bercirikan munafik ibarat duri dalam daging yg lebih membantutkan dakwah Islam itu sendiri.
AF. sampai siri berape agknya.
Sekarang ni pula, lihatlah dengan mata sendiri. (kalau org buta pun boleh tau sebab diorg ade telinga) Kerajaan sekarang kurang menitikberatkan soal agama. mereka kata mcm2 program dh buat. Bina masjid, ceramah agama sket2.. tp nahi munkarnye x de. Ni haa.. Hiburan bermaharajalela. Sana sini perempuan tergedik-gedik dn b'telanjang. percampuran lelaki perempuan yg tiada batas. Budaya Hedonisme disanjung-sanjung. Bukan nak kata lupa dunia, tp terlebih cintakn dunia smpai lupa akhirat. Lupa Allah. Lelaki dn perempuan berpeluk-pelukan tanpa rasa malu. Artis-artis menjadi idola mereka. Program realiti berlambak-lambak. Siapa yang luluskn? Macam ni ke yg makcik inginkn? Mereka yg haram bersentuhan, berpelukan dan dibarkan sahaja. Malah mereka yg runtuh moralnya di puji-puji orang.
Ops. Maaf. termasukkan gambar x elok pulak.
sepatutnya, kelakuan mcm ni la yg kena dibanteras. btui dak?
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment