Pages

Wednesday, March 9, 2011

Biarkan mereka berpelukan..

Assalamualaikum..

Melihat tajuk post kali ini, tentu banyak persoalan yg timbul dlm fikiran anda. Siapa yang berpelukan? Kenapa perlu biarkan? Baiklah. Isu yg ingin ana ketengahkan kali ini adalah berkenaan berita yang ana dengar di Tv3 pd minggu lepas (lamanya..baru sekarang nk ulas..kekangan masa) sebelum pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau berlangsung.

Menerusi berita jam 8.00mlm tersebut, seorang mak cik (umur lingkungan 70-an) dari Merlimau menyatakan bahawa dia tidak percayakan Nik Aziz kerana dia melihat beliau berpelukan dengan Karpal Singh dn Lim Guan Eng ( x silap ana.. betulkn jika salah). Menurut mak cik tersebut, dia berasa amat risau melihat keadaan itu kerana baginya, Karpal dan Lim Guan Eng mempunyai niat lain dan mereka tidak ikhlas. Lalu dia mengajak rakyat untuk menyokong BN atas alasan tersebut.
 Gambar hiasan. Tuan Guru Nik Aziz sedang berpelukan dengan Tuan Guru Hadi Awang
tanda ukhuwah Islamiyah yg erat.

Sunday, February 27, 2011

Kisah Nabi

TANGISAN RASULULLAH MENGGONCANGKAN ARASY

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."(selanjutnya....)

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.


"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"



Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab

dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."MASYALLAH.....Semoga diambil pengajaran daripada kisah ini.

 

Tuesday, February 15, 2011

Binnabil Huda

Assalamualaikum..
Salam Maulidurrasul!
Anda tahu nasyid Binnabil Huda nyanyian Unique? Ayuh sama-sama kita bernasyid sambil berselawat. 
http://www.youtube.com/watch?v=0mJv-Yja7Qw&feature=related

Binnabil huda,
يا رسول السلام
Wayamursala rahmatan lil anam,
عليك صلاه عليك سلام,
Wasahbikawatar bi'i nalkiron,

**binnabil huda,
nahluju dulhuda,
sanabki alal aditu lul mada,
bazzalnaddimak war todhoi nar rodha',
li nashril huda ya rasulussalam

yamustapha rasulullah,
ya sanadi ya sayyidi sollu, sollu,sollu, sollu,

selawat*
(Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad)

repeat bridge**

ya shafiei, khubbi, yadi,
ya rasulullah, habiballah
hual hadil basyi,
sollu,sollu,sollu,sollu,

selawat*

shafi'una, shafi'una, shafi'una, shafi'una,
rasulolloh, habiballah, nabiyallah, sofiyollah,rasulullah,

selawat* 
Album : Nur Muhammad
Semoga kita sama-sama mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak dan menjadi ummat yg dapat membanggakan Baginda sollallahu alaihi wasallam.

Monday, February 14, 2011

Kecurian lagi!

Assalamualaikum..

Barita terbaru! Nampaknya tahap keselamatan di Kg. Rapat Jaya Tambahan sudah meningkat dari paras Jingga ke MERAH. Boleh disamakan dengan keadaan Darurat di Mesir. Dua hari yang lalu, bersamaan dengan 12 Februari 2011, dilaporkan bahawa kes kecurian (x pasti yg ke berapa) berlaku di sebelah rumah saya sendiri. Pemilik rumah tersebut, yg dikenali sebagai Pak Saibon berkata bahawa pd malam kejadian, dia tiada di rumahnya. Pada pagi hari keesokannya, dia mendapati bahawa rumahnya berselerak dan tingkap dapur dikopak.

Gambar hiasan.






Namun, bersyukur sekali kerana tiada apa yang hilang. Lalu Pak Saibon segera melaporkan kepada polis. Saya sendiri menyaksikan tingkap rumahnya yang dikopak. Kes kecurian yang berlaku di Kg. Rapat Jaya Tambahan semakin menjadi-jadi. Turut dilaporkan pada minggu lepas ada kecurian juga berlaku di sini. MasyaAllah.

Keadaan ini mengingatkan saya berkenaan kes kecurian yang berlaku terhadap jiran hadapan rumah saya sendiri lima tahun yang lalu. Semasa kejadian tersebut berlaku, tuan rumah ada di dalam rumah tersebut. "Sedar-sedar sahaja pisau sudah ada di leher," kata Mak Cik Bibah. Pencuri itu mengugut dan meminta wang, barang kemas serta kunci kereta. Kemudian, mereka pergi bersama-sama wang serta kereta tersebut. Mujur tuan rumah tidak diapa-apakan.

Kawasan rumah di Kg. Rapat Jaya Tambahan, Ipoh.

Saya agak khuatir juga kerana sejak pemergian arwah ibu, rumah hanya didiami oleh ayah dan seorang kakak. Namun, semua yang berlaku adalah kehendak Allah. Semoga Allah melindungi keluarga saya dari sebarang perkara buruk daripada berlaku. Dan hanya doa serta ayat2 pendinding yang dapat diamalkan. Paling penting, langkah-langkah keselamatan harus dititikberatkan.

Anda pula bagaimana? Selamatkah kawasan perumahan yg anda diami? Berhati-hatilah selalu dan banyakkan tawakkal padaNya. Tips dari saya, buatlah 'pagar' pada rumah anda. Ayah saya 'pagar' rumah semasa kami mula2 menjejakkan kaki di rumah ini. Air Yasin disiram keliling pagar rumah moga-moga mendapat keberkatan dan dilindungi Allah sentiasa. dan lebih baik, sentiasa perbaharui 'pagar' kita. Jadikan rumah sebagai Jannah, hiasi dengan ayat suci Al-Quran dan terjaga dengan Biah Solehah. Moga-moga menjadi keluarga Sakinah.. Amin.

Saturday, February 12, 2011

Darurat, tersekat, selamat..

Alunan lagu InsyaAllah dinyanyikan oleh Maher Zain dlm versi Bahasa Melayu berkumandang di corong radio menerusi siaran IKIM.FM. oh.. tak sangka rupanya ana sudah menjejakkan kaki di Malaysia. sampai juga ke rumah yg dirindui. 

huh, macam2 terjadi. rusuhan, lepasan banduan, rompakan, darurat... inilah pengalaman. kalau dulu, smsa sblm kemerdekaan negara kita, mase tu lah b'lakunya darurat. di serang komunis, British...

Detik-detik cemas,
Apabila sampai di Msia, terpampang di dada akhbar berita2 tentang rusuhan di Mesir. sane sni cerita yang sama. ramai juga pelajar2 Mesir di temuramah oleh wartawan menceritkan tentang pengalaman mereka.
kalau ana, alhamdulillah. x pernah terjadi yg buruk2. Duduk di rumah Perak selamat. rasa mcm tak nak keluar pun. perintah berkurung mmg membosankan, tp seronok dapat makan mcm2. iyelah. masa kosong diisi dgn memasak. ohoho..^_^

Pada hari first diumumkan perintah berkurung, ana selamber je keluar rumah awl2 pagi sorg2 ke rumah Kelantan. sbbnye hari tu ade program Explorace under Mentor Council PERUBATAN dan ana ditugaskan utk jd fasi. smpai2 sane, ramai betul ustaz2 depan rumah Klate tuh. nk tak nak kene masuk juga. takkan nk tunggu luar sorg2. sebelum nak masuk, sempat la ditegur oleh salah sorg ustaz yg ade kat ctu sbb jln sorg2.
"sore je ke? mano hok rombonge lain? bahayo ni.."

Bile masuk ke rumah Kelantan, sembg la dgn ahli bait ctu. diorg kate mmg dh diisytihar darurat. jd akhawat x boleh keluar. Bahaya! terkejut dengar. alhamdulillah, mujur x ade ape2 jd td. then, dpt tau program tu dibatalkan. bukan tu je. Bahriya Explorer, PWTC, Jaulah Maqam, Daurah Kitab dn mcm2 lg progrm dibatalkan. Sedih.

Pendekkan crita, dh smpai Jeddah. duduk dlm 4 hari. di Jeddah, mcm2 juga kisahnye. sebagai pelajar perubatan, ana ditaklifkan utk jaga 2 org ustazah yg sdg sarat mengandung. menanti hari. tup tap2... smpailah Msia.

em, ape2 pn ambillah segala perkara yg berlaku dlm hidup sebagai satu pengalaman yg dapat mematangkan lagi diri kita, menambah ilu pengetahuan utk menjadi insan berguna. Untuk pengetahuan, kesihatan ana kurg baik sejak 2 minggu yg lalu. mmg ujian, dgn keadaan darurat yg mcm2. tp, dpt rasakan bhw nikmat kesihatan tu mmg penting dn x dpt dibayar pun dgn wang ringgit. alhamdulillah. masih tetap bersyukur.
Penduduk Mesir sujud tanda syukur atas pengunduran Hosni Mubarak



Saturday, January 15, 2011

Pertahankan Syiar Islam

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal dengan sikap Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya mempertahankan syiar Islam dalam isu bantahan Azan di Masjid Al Ikhlasiah, Lembah Pantai.

Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sangat malang bagi rakyat Malaysia yang majoriti Islam, namun perdana menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.

"Kita merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu bantahan azan yang didakwa 'terlalu lantang' di Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi oleh seorang peguam yang didakwa ahli MCA aeumur hidup.

Peguam tersebut yang tinggal di pangsapuri Pantai Hill Park juga didakwa menghantar terus surat aduannya kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jawi.

Difahamkan, setelah perbincangan diadakan, pihak masjid kemudiannya diarah memperlahankan pembesar suara di masjid tersebut.

"Kita mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Jawi tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN?

"Isu ini membuktikan bahawa Umno bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam, kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya.   

Menurut Suhaimi lagi, seluruh umat Islam tidak boleh menerima dan merasa terpukul dengan arahan tersebut yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Bagi kaum bukan Islam, azan tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah syiar Islam.

"Sama seperti agama Kristian dan Hindu yang membunyikan loceng tatkala waktunya, kaum Tionghua yang membakar mercun pada masanya, bagi umat Islam azan adalah kaedah bagi menandakan masuk waktu bersembahyang," terangnya lagi.

Beliau turut mempersoal, mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA, pihak Jawi dengan serta merta mengarahkan azan diperlahankan.

Apa yang dibimbangi ujarnya, jika aduan sama dibuat kepada masjid-masjid di tempat lain tindakan dan arahan sama akan turut dibuat oleh pihak berkuasa agama.

"Kita bimbang sekiranya berlaku nanti ada masjid terpaksa dibuang pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk sekitar dan pihak kerajaan melayan tuntutan mereka," jelasnya. 


www.harakahdaily.net

*p/s: lihatlah realiti zaman sekarang. semakin lama Islam semakin dicabar. Adakah kita akan biarkan azan tidak lagi kedengaran berkumandang di masjid? Ayuh kita pemuda pemudi penggerak Islam teruskan berjuang utk tegakkan Islam di muka bumi ini terutamanya di tanah air kita sendiri. Jangan biarkan Islam sewenang-wenangnya dipijak oleh kaum kuffar dan munafik.