Barita terbaru! Nampaknya tahap keselamatan di Kg. Rapat Jaya Tambahan sudah meningkat dari paras Jingga ke MERAH. Boleh disamakan dengan keadaan Darurat di Mesir. Dua hari yang lalu, bersamaan dengan 12 Februari 2011, dilaporkan bahawa kes kecurian (x pasti yg ke berapa) berlaku di sebelah rumah saya sendiri. Pemilik rumah tersebut, yg dikenali sebagai Pak Saibon berkata bahawa pd malam kejadian, dia tiada di rumahnya. Pada pagi hari keesokannya, dia mendapati bahawa rumahnya berselerak dan tingkap dapur dikopak.
Gambar hiasan.
Namun, bersyukur sekali kerana tiada apa yang hilang. Lalu Pak Saibon segera melaporkan kepada polis. Saya sendiri menyaksikan tingkap rumahnya yang dikopak. Kes kecurian yang berlaku di Kg. Rapat Jaya Tambahan semakin menjadi-jadi. Turut dilaporkan pada minggu lepas ada kecurian juga berlaku di sini. MasyaAllah.
Keadaan ini mengingatkan saya berkenaan kes kecurian yang berlaku terhadap jiran hadapan rumah saya sendiri lima tahun yang lalu. Semasa kejadian tersebut berlaku, tuan rumah ada di dalam rumah tersebut. "Sedar-sedar sahaja pisau sudah ada di leher," kata Mak Cik Bibah. Pencuri itu mengugut dan meminta wang, barang kemas serta kunci kereta. Kemudian, mereka pergi bersama-sama wang serta kereta tersebut. Mujur tuan rumah tidak diapa-apakan.
Kawasan rumah di Kg. Rapat Jaya Tambahan, Ipoh.
Anda pula bagaimana? Selamatkah kawasan perumahan yg anda diami? Berhati-hatilah selalu dan banyakkan tawakkal padaNya. Tips dari saya, buatlah 'pagar' pada rumah anda. Ayah saya 'pagar' rumah semasa kami mula2 menjejakkan kaki di rumah ini. Air Yasin disiram keliling pagar rumah moga-moga mendapat keberkatan dan dilindungi Allah sentiasa. dan lebih baik, sentiasa perbaharui 'pagar' kita. Jadikan rumah sebagai Jannah, hiasi dengan ayat suci Al-Quran dan terjaga dengan Biah Solehah. Moga-moga menjadi keluarga Sakinah.. Amin.
No comments:
Post a Comment