Pages

Wednesday, March 9, 2011

Biarkan mereka berpelukan..

Assalamualaikum..

Melihat tajuk post kali ini, tentu banyak persoalan yg timbul dlm fikiran anda. Siapa yang berpelukan? Kenapa perlu biarkan? Baiklah. Isu yg ingin ana ketengahkan kali ini adalah berkenaan berita yang ana dengar di Tv3 pd minggu lepas (lamanya..baru sekarang nk ulas..kekangan masa) sebelum pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau berlangsung.

Menerusi berita jam 8.00mlm tersebut, seorang mak cik (umur lingkungan 70-an) dari Merlimau menyatakan bahawa dia tidak percayakan Nik Aziz kerana dia melihat beliau berpelukan dengan Karpal Singh dn Lim Guan Eng ( x silap ana.. betulkn jika salah). Menurut mak cik tersebut, dia berasa amat risau melihat keadaan itu kerana baginya, Karpal dan Lim Guan Eng mempunyai niat lain dan mereka tidak ikhlas. Lalu dia mengajak rakyat untuk menyokong BN atas alasan tersebut.
 Gambar hiasan. Tuan Guru Nik Aziz sedang berpelukan dengan Tuan Guru Hadi Awang
tanda ukhuwah Islamiyah yg erat.