Pages

Wednesday, March 24, 2010

Persinggahan tetamu yg Istimewa di Kaherah.

Alhamdulillah, akhirnya sgla rancangan yg telah disusun dpt dijalankan dgn keizinan drpd Allah.
"Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin..."

Manusia merancang, dan Allah juga merancang, namun Dialah SEBAIK-BAIK PERANCANG. Kita sbg manusia hnya perlu berusaha, tawakkal dan berdoa kpdNya agar dipermudah sgla urusan.

Sebenarnye, ckp tntg ketentuan Allah ni sy nk relatekn dgn ape yg berlaku pd ayah sy yg berusaha berkali-kali utk mencari masa yg sesuai utk dtg menziarahi bumi Mesir ni atas beberapa 'urusan kerja'. Perbincangan demi perbincangan telah dilakukan bersama beberapa sahabat seperjuangn ayah dn akhirnya tlh diputuskn 9 Mac adlh tarikh bertolak ke Mesir.

Rombongan yg disertai oleh ayah diketuai oleh Ir. Dato' Seri Hj. Nizar bin Jamaluddin. Turut hadir, YB Khalil Idham Lim serta beberapa pimpinan Pas Perak yg lain.

Nyata dan jelas sekali kedatangan mereka membawa seribu satu jawapan yg sekian lama terbuku di minda mahasiswa-mahasiswi di Mesir ni. Alhamdulillah, kehadiran para tetamu dr Perak ni disambut dgn tgn yg terbuka oleh warga KPIPM.

Yam sgt bersamangat dtg dr Mansurah ke Kaherah utk jumpa dgn ayah kesayangan. Tapi kdtgn ayah terasa sedikit kekosongan krn mak tidak ikut serta dlm rombongan tersebut. Namun, kehadiran ayah ke sini merupakan satu rezeki dr Allah.

Sungguhpun begitu, perkara ini bukanlah menjadi alasan utkku ponteng atau culas dari menghadiri kuliah. Bagiku, kuliah tetap kuliah! Tapi, kesian jugak dkt kakak yg duduk jauh nun di Mansurah. Nak x nak, kene escape bbrp kuliah. Mujurlah ade kelas tuisyen.

Hari2 bejalan dgn pntas. Majlis ramah Mesra bersama para tetamu diadakan di Rumah Pelajar Perak, dan satu ceramah diadakan scra terbuka di dataran Haiyu 'Asyir yg dibanjiri lebih kurg 1500 org.

Kesempatan bertemu dgn ayah x diasia-siakan. Ayah yg mmg berminat dgn Kitab2nya bertanya, "Pak nak beli kitab la. Dekat mane senang nak dpt kitab ye?" Saya pun mnjwb, "Oh, dkt2 dgn Sabi' ni ade Maktabah Darussalam."

Lalu, saya bersama ayah dn kakak keluar berjalan pada satu petang yg sgt panas dn bahangnya sgt terasa. Kami jalan kaki dari kedai Elektrohouse ke Darussalam yg makan masa lebih kurg 10 minit sbb jarak kedai buku tu lebih kurg 200 meter.

Tp, di tgh perjalanan ayah bertanya, "Jauh lagi ke? Singgah kedai kejap beli air." Kulihat wajah ayah kepenatan dn keringat mula membasahi dahi ayah. Dalam hati, "Kesiannye ayah. Umur pun dah semakin meningkat, tenaga pun makin berkurang. Tambahan pula cuaca panas."
Tapi, walaupun dalam usia hampir lewat 50-an, ayah seorang yg tetap bersemangat dan cergas dlm memikul amanah dan tanggungjawab sebaiknye terhadap keluarga, serta dlm menyebarkn dakwah Islam.

Alhamdulillah, akhirnya kami smpai di Darussalam. Hari2 yg berikutnya, mcm2 lah.. x smpt rasanya utk menceritakan semuanya.

ayah bersama dgn kitab2 nya.
 
Kwn ayah, Ust Shaari ( Pak Tam) belanja makan malam. Kofta, 'ish..
Malam Wacana Perdana membongkar sgla rahsia Isu sebenar kemelut di Perak
 
 
kereta putih berangkat ke Matar m'hantar ayah ke destinasi seterusnya, Jordan

Doaku utk para pejuang Islam, moga Allah thabatkan langkahmu serta kuatkan semangatmu dlm menempuh pelbagai ujian yg mendatang demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Para pimpinan Pas yg dtg melawat Mesir meneruskan misi mereka ke Jordan dan seterusnya ke UK. Semoga Allah melindungi dn permudahkan urusan mereka.

Syukur sgt rasanya krn Allah memberikan kesempatan utk bertemu dgn ayah. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya akan pulang ke tanah air tahun ni melawat ayah, ibu serta keluarga di Malaysia.

No comments: