Pages

Thursday, February 18, 2010

Utlah Syita'

Alhamdulillah, periksa dah habis lame dah..
Cuti syita' pon berbaki seminggu lagi.
Mcm2 aktiviti dah buat. terlalu sibuk sehinggakan x smpat nak berehat.
kerja pulak mcm2 ada. tp, kesibukan ni diisi dgn perkara2 berfaedah..

Sblm cuti start, ayah ade bg mesej. Ayah cakap, semoga mendapat kecemerlangan dlm periksa (Aminn..) dan ayah pesan, bykkn ikut program ilmiyah mase cuti. Kutip ilmu dan pengalaman yg ade dkt cni.

Oleh itu, cuti2 ni masa diisi sebaiknya.. Kat cni, program ilmiyah dtg sendiri. Banyak sgt. Cumanya bergantung kepada diri kita sama ada mahu mengikutinya atau x. Sayang la klo peluang dah ade tp kita x nak menghargainya... btol??

So, cuti dimulakan dgn Daurah Ilmiyah dianjurkan oleh BKAN Perak. Daurah selama 5 hari ni membincangkan 2 kitab, "Al-Wajiz" oleh Ustaz Helimy tntg Qawaid Fiqhiyah.. dan "Ta'lim Muta'allim Tariqut Ta'allum" oleh Ustaz Nazrul tntg adab2 menuntut ilmu.

Then, jaulah ke Dumyat. Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'.. melawat makam Imam Sya'rawi, Kutip kerang, makan sea food, dan lihat pertemuan antara sungai nil dan laut mediterranean. Subhanallah~ ada disebutkan dlm Al-Quran tentang pertemuan kedua2nye..



rumah api di Ra'sul Bar



tempat pertemuan antara sungai Nil dan laut Mediterranean



mengutip buah limau di kebun



Pemandangan di kebun Mesir..


Mengutip kerang yg berlongokan di tepi pantai

Setelah jauhlah ke Dumyat, PERUBATAN anjurkan Daurah Kitab dgn Syeikh Rohimuddin dr Indon, bincangkan tentang Tasawwuf.. Cuma berkesempatan berbincang 'Madkhal fi Tasawwuf' je (introduction)..

Perubatan juga ade anjurkan hari sukan antara univ. di Cairo. Antara yg dipertandingkan, Futsal, Netball dn Basketball.. Alhamdulillah, walopon Ain Shams langsung x bersedia, performance kmi not bad.. basket dpt no 1, futsal no 2...

Kmudian Nisa' Day dianjurkan oleh Hewi KPIPM selama 2 hari, dan aktiviti yg terbaru, kelas Tafaqquh fiddin bersama Syeikh Nuruddin di Rumah BKAN Kedah.. Jom kita ramai2 pakat pi sane! Jgn lepaskan peluang..

Segala aktiviti yg dilakukan ni, x lain x bukan hanyalah utk mendambakan keredhaan dan keberkatan Allah, menambah ilmu dan pengalaman, menjalinkan ukhuwah serta mengisi msa lpg dgn perkara yg berfaedah.. Smoga kita sama2 istiqamah dlm melakukan amal soleh serta kebaikan.


No comments: