Pages

Sunday, March 29, 2009

penamaan calon

huhu.. x dapat ikut pi bukit gntang.. ade hal yang x dpt dielakkan..
pak sorg je yg pi.. tgk kat tv pon x syok.. so, ana tgk www.harakahdaily.net
mcm2 informasi boleh didapati.. harakah x lame lg akan diharamkan.. ish2, kebebasan
disekat. ade sdikit petikan yg diambil dr haralkahdaily..

KUALA LUMPUR,29 Mac (Hrkh) -
Hari ini akan menentukan sejauhmana langkah semua calon dalam menentukan hala tuju di Bukit Gantang.

9.00 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Nizar telah masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon. Suasana di luar agak meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. BN kelihatan seramai antara 3,000-4,000 orang manakala Pakatan Rakyat menengelami penyokong BN dengan lebih 12,000 ribu orang.

11.20 pagi: SPR terima tiga pencalonan iaitu daripada PAS, BN dan calon bebas,

1.45 petang: Dalam penelitian Mafrel, senarai nama pengundi untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang didapati agak meragukan kerana wujud beberapa nama yang telah lama meninggal dunia.

Antaranya, seorang pemilih, Kassim Md Amin yang lahir pada 8/07/1916 telah disahkan meninggal dunia 36 tahun lalu oleh anaknya Rohani Kassim. Manakala, seorang lagi pengundi Che Man Said yang lahir pada 9/11/1912 juga disahkan telah meninggal dunia lapan tahun lalu oleh cucunya.

Kini, yang menjadi kemusykilan kenapakah nama-nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pemilih di Bukit Gantang?

Ini shj petikan yg ana ambil dr harakah daily.. sape2 nak tau lebih lanjut, jgn lupe layari lmn webnya.. ok. Allahuakbar!

No comments: