Pages

Saturday, December 18, 2010

JAKSI@Hisbah

Akhawat kita makin berani

SAYYEDA ZEINAB, 26 Nov –  Kenyataan panas dan agak pedas telah dikeluarkan mengenai isu musyrif dalam slot bersama Jabatan Keselamatan & Sosial (JAKSI) PERUBATAN  yang diketengahkan dalam ceramah  yang buat julung-julung kali dianjurkan oleh  JAKSI PERUBATAN  bertajuk ‘Dakwah Is My Life’, disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Fauzan Bin Abdulllah. Ceramah tersebut bermula tepat pada pukul 8 malam di Baiturroqit, Imarah 9, Sayyeda Zeinab yang telah dibanjiri oleh ahli-ahli PERUBATAN sekitar Mounira, Abou Risy dan Sayyeda Zeinab seawal jam 7.30 malam.

Banyak kes yang melibatkan mahasiswi perubatan keluar pada waktu malam tanpa ditemani musyrif telah dilaporkan dan ada juga yang terserempak sendiri dengan pihak JAKSI. Pihak JAKSI juga menyatakan rasa kecewa dan terkilan dengan sesetengah golongan mahsiswi yang susah dan teragak-agak untuk menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan oleh Biro Kebajikan PERUBATAN. Beberapa respon telah diberikan oleh pihak mahasiswi tentang penggunaan musyrif.

“Kami tak nak menyusahkan musyrif.”

“Prosedur untuk mendapatkan musyrif agak rumit.”

JAKSI sedaya upaya cuba untuk menangani masalah ini dengan mempertingkat dan memperkemas lagi sistem musyrif sedia ada. JAKSI mengingatkan seluruh warga PERUBATAN agar tidak memandang enteng kewujudan JAKSI yang sangat mengambil berat penggunaan musyrif dan masalah-masalah sosial yang kian tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

“Akhawat tanggung risiko.. atau kami main peranan,” kata pihak JAKSI.

Malam itu juga menyaksikan sejarah penggunaan musyrif telah tercipta bila semua mahasiswi yang hadir menggunakan musyrif untuk pulang ke rumah masing-masing termasuk mahasiswi yang tinggal di Imarah 20 yang jaraknya beberapa langkah sahaja.  Adakah sejarah akan berulang atau sejarah tinggal sejarah, kita tunggu dan lihat.

1 comment:

adikputeh said...

-keberadaan kita di mesir khususnya,(akhawat) tak perlu ada rasa segan or kesian kalau nak mintak mana2 ikhwah jadi musyrif..ikhwah pulak tak perlu bersegan silu nak tegur mana2 akhawat yang keluar tanpa musyrif..

-kedapatan suara ikhwah,"akhawat tu dari negeri lain,bukan dari negeri yang sama denganku.so,biarkanlah dia.."

-kedapatan juga suara akhawat, "kenapa sibuk nak jage tepi kain orang, lantak lah kami takde musyrif pun.."

p/s : sekadar perkongsian.renung2kan..